Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Walaupun RM50 Tetap Menyimpan Untuk Hari Tua

Imej
"Mencarum sendiri walaupun RM50 sebulan, lebih baik daripada langsung tiada simpanan apabila tidak berdaya kelak".   Inisiatif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menyediakan kemudahan mencarum sukarela ternyata banyak memberi kelebihan malah ada yang mengiktiraf ia 'kebajikan' terbaik bagi pekerja tanpa majikan tetap.   Muhammad Khairi Afiq Mohd Yusof, 30, yang kini bekerja sendiri selepas tidak lagi bertugas di sebuah badan bukan kerajaan, memilih mencarum sendiri mengikut kadar kemampuannya setiap bulan.   "Kadang-kadang saya mencarum RM100, pernah juga RM200. Ia tidak tetap tetapi saya tetap yakin bahawa ia mampu membantu saya menabung dengan kawalan baik daripada KWSP.  

Penggiat Kewangan Islam Perlu Besepadu

Imej
USAHA yang lebih bersepadu dalam kalangan penggiat industri bagi semua sektor kewangan Islam, diperlukan bagi  merealisasikan manfaat industri yang mendukung keadilan sosial, kesaksamaan, kemakmuran ekonomi dan keterangkuman, kata Bank Negara Malaysia. Timbalan Gabenor, Abdul Rasheed Ghaffour berkata peserta industri tidak sepatutnya hanya memainkan peranan proaktif untuk meningkatkan kerjasama dalam industri, malah melepasi sempadan sektor.

Perangi Riba

Imej
BERDASARKAN surah Al-Baqarah ayat 279, Allah dan Rasul-Nya mengisytiharkan perang ke atas mereka yang mengambil riba. Ketika menafsirkan ayat al--Quran ini, al-Qurtubi memetik kata-kata Imam Malik, “Sesungguhnya, aku telah membaca lembaran al-Quran dan as-Sunnah dan tidak aku dapati benda yang lebih buruk dari riba, kerana ALLAH SWT mengisytiharkan perang ke atas pelakunya.” Sesungguhnya, riba adalah kesalahan yang besar. Menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhinya.

Sah Kenaikan Caj Hospital Kerajaan

Imej
Kementerian Kesihatan mengesahkan caj rawatan perubatan bagi kelas satu dan dua di semua hospital kerajaan akan dinaikkan sebanyak 50 peratus berkuat kuasa 1 Januari tahun hadapan. Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, keputusan itu dibuat memandangkan tiada semakan dilakukan sejak tahun 1982 selain ke­perluan menilai semula elemen subsidi bagi kedua-dua kelas berkenaan. Menurutnya, kenaikan itu tidak memberi kesan kerana hanya­ 1.5 peratus atau 32,000 pesakit yang mendapatkan rawatan kelas satu dan dua daripada keseluruhan dua juta pesakit di hospital kerajaan. “Pesakit kelas satu dan dua sebelum ini sudah pun membayar caj rawatan. Walaupun berlaku sedikit kenaikan, pesakit ini masih lagi menerima subsidi dalam jumlah yang agak besar.

Pentingnya Perlindungan Takaful Untuk Orang Tersayang

Imej
Kehidupan ini ada pasang surutnya, langit yang cerah ada kalanya bertukar mendung. Dalam mendepani gelombang kehidupan hanya mereka yang bersedia akan berjaya mengharunginya. Mereka yang berpandangan jauh akan melakukan apa sahaja dan berkorban demi masa depan orang tersayang. Dalam sesebuah keluarga salah satu daripada aspek yang mesti diberi perhatian ialah mengenai perancangan dan pengurusan kewangan dalam kehidupan.

Perancangan Masa Depan Dengan Takaful

Imej
Setiap kejayaan perlu perancangan dan usaha yang teliti. Bak kata pepatah, jika kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal. Dalam masa yang sama, kita juga terdedah kepada pelbagai risiko. Pernahkah kita memikirkan perkara ini secara serius? Cabaran ekonomi global semasa dan impak ke atas ekonomi negara turut memberi tekanan kepada masyarakat terutama kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat. Dalam keadaan ini, pengurusan dan perancangan kewangan yang baik amat penting agar dapat terus bertahan dan berdaya saing. Pengurusan kewangan adalah satu perkara penting dan menjadi keperluan dalam merancang masa depan kita. Antara faktor utama perlunya perancangan kewangan dan pengurusan risiko adalah kerana inflasi dan kenaikan harga barang dari semasa ke semasa, keperluan hidup keluarga yang tinggi selepas umur persaraan atau waktu tidak bekerja.

Takaful Jutawan Sedekah

Imej
Apa itu sedekah? Sedekah merupakan amalan yang mempunyai kedudukan sangat tinggi di sisi agama Islam dan menjadi pemangkin kepada wujudnya masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Sedekah dapat menjadikan seseorang hamba itu lebih bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan ALLAH SWT terhadapnya. Secara ringkasnya, sedekah boleh difahami sebagai memberi sesuatu atau barang kepada orang yang memerlukan dengan hati yang ikhlas. ALLAH SWT akan melipat gandakan setiap sedekah seorang hamba-NYA sekiranya sedekah tersebut disantuni dengan rasa ikhlas dan tidak disertai umpatan (cercaan) mahupun menyakiti perasaan penerima.