Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

Hibahkan RM500,000.00 hingga RM750,00.00 Untuk Isteri dan Anak-anak

Imej
Kenapa Keluaga ANDA perlukan jumlah sebanyak itu? ● Jika Allah SWT "bersarakan" ANDA (suami) di muka bumi ini, Isteri dan anak-anak sangat perlu duit tersebut untuk menyelesaikan hutang-hutang anda seperti Kad Kredit, Ansuran Rumah dan Kereta, Pinjaman Peribadi, Hutang dengan manusia dan sebagainya. ● Isteri anda perlukan jumlah tersebut untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil. Jangan biarkan isteri dan anak-anak anda menangis dan merayu untuk isi borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Institusi Zakat untuk mohon bantuan. ● Anak-anak anda perlukan duit tersebut untuk perbelanjaan harian sekolah, pengajian di IPTA dan perbelanjaan pendidikan yang lain. ● Isteri anda perlukan jumlah tersebut untuk modal berniaga dan mengambil alih tugas anda sebagai Pencari Nafkah kepada keluarga yang ditinggalkan.

Lebihan Jadi Hibah

Imej
Sekiranya ada lebihan dalam Dana Risiko, bagaimanakah pengendali takaful menguruskan lebihan itu. Pada asasnya takaful menggunakan kontrak tabarru' iaitu yang berdasarkan konsep saling tolong menolong antara peserta. Ia berlaku dengan mudah dan tanpa paksaan di mana peserta yang menyertai pelan perlindungan takaful secara automatik bersetuju menyumbang wang ke dalam satu dana yang dinamakan Dana Risiko.

Berakal Layak Kontrak

Imej
Pelaksanaan urusan muamalat Islam sangat meni tikberatkan soal kontrak yang jelas. Kelayakan sempurna untuk mengadakan sesuatu kontrak pula tidaklah sepenuhnya bergantung kepada had umur seseorang asal sahaja menepati syarat yang telah dltetapkan pada awal perjanjian. Salah satu rukun bagi kontrak yang sah adalah wujudnya dua pihak berkontrak yang saling memberi dan menerima. Bagi mewujudkan kontrak yang sah, pihak terbabit mestilah memenuhi syarat kelayakan dan kuasa untuk melaksanakan sesuatu transaksi. Kelayakan bagi syarat asas untuk seseorang itu boleh membuat kontrak sama ada dewasa, kanakkanak mahupun bagi bayi yang baru lahir. Bagi yang berkelayakan melaksanakan sesuatu kontrak asasnya adalah seorang yang berakal dan mumayyiz, yang berakal, baligh dan cerdik.

Tanggung Bersama

Imej
Bagaimanakah cara untuk menangani sebarang risiko yang tidak boleh dielakkan seperti kejadian banjir yang sering kali berlaku dan adakah terdapat beberapa kaedah dalam menangani risiko itu? Banjir di negeri Pantai Timur dan Utara adalah fenomena yang berlaku setiap tahun dan risikonya sudah diketahui setiap kali musibah itu berlaku. Selain kerosakan harta benda, mereka yang tinggal di kawasan banjir juga berdepan risiko berlaku kecurian di rumah yang ditinggalkan kerana penduduk setempat terpaksa berpindah ke tempat lebih selamat.

Kesedaran Pada Takaful Diri, Keluarga Amat Penting

Imej
Rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu seharusnya mempunyai kesedaran untuk mengutamakan perbelanjaan bagi takaful diri dan keluarga melebihi perkara-­perkara lain yang kurang penting. Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Ab. Latiff Abu Bakar berkata, berdasarkan statistik, kadar penembusan takaful di Malaysia masih lagi di tahap rendah dengan hanya 14 peratus direkodkan bagi seluruh negara untuk tahun lepas. Katanya, jika di lihat di negara­-negara maju, perbelanjaan bagi insurans hayat dan keluarga menjadi satu perkara yang penting bagi perbelanjaan bulanan seseorang individu.

Takaful IKHLAS Pecat Khidmat Ejen Tipu Pelanggan

Imej
Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) tidak akan berkompromi dengan mana-mana ejennya yang mempunyai masalah disiplin ketika menjual produk insurans syarikat. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar, berkata pihaknya akan terus menamatkan perkhidmatan ejen jika mereka didapati melanggar undang-undang yang ditetapkan syarikat. Ubah persepsi negatif "Ini berikutan masyarakat mempunyai satu persepsi negatif terhadap produk insurans. Adalah menjadi tanggungjawab kita mengubah persepsi masyarakat. Insurans bukanlah produk yang menipu pelanggan. "Kita memantau dengan teliti setiap ejen bagi memastikan mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan," katanya pada sidang media ketika membuat lawatan ke Balai Berita Bangsar, di sini, semalam.