Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Qard Hasan Diguna Jika Dana Tak Cukup

Imej
Takaful adalah suatu perlindungan berasaskan sumbangan peserta dalam dana risiko peserta. Apakah akan teqadi jika dana takaful itu tidak mencukupi untuk menanggung keperluan peserta? Di sinilah penting bagi pe­ngendali takaful memainkan peranan. Melalui kontrak wakalah, peserta takaful melantik syarikat takaful sebagai wakil untuk mengendalikan dana takaful merangkumi pengurusan pelaburan, pembayaran tuntutan, takaful semula, rizab teknikal dan kos pengurusan. Wakalah adalah kontrak membabitkan satu pihak (prinsipal) mewakilkan satu pihak lain untuk melaksanakan tanggungjawab dalam hal yang boleh diwakilkan daripada perspektif syariah. 

Rancang Persaraan Anda Dengan Takaful

Imej
AHMAD seorang yang kuat bekerja di sepanjang hidupnya. Keutamaannya adalah untuk menyara keluarga dengan sebaik mungkin. Zaman persaraan pula adalah saat yang sangat dinanti-nantikan, kerana dia akhirnya dapat berehat dan melakukan segala yang diidamkannya selama ini, yang telah terbantut kerana kesibukannya mencari rezeki serta mengejar tuntutan harian. Pada senarai teratas keutamaan beliau adalah untuk meluangkan masa dengan orang tersayang, termasuk cucu, ahli baharu dalam keluarga yang berkembang. Untuk beberapa bulan pertama persaraan, segalanya adalah seperti yang diimpikan.

Bagaimana Takaful Boleh 
Menjamin Masa Depan Anda

Imej
Perancangan masa depan sememangnya menjadi sebahagian daripada kehidupan, terutama­nya jika kita mempunyai keluarga serta mempunyai matlamat yang ingin dicapai. Ini termasuklah keinginan untuk membeli rumah, kereta atau mempunyai wang yang cukup untuk menghantar anak-anak ke universiti serta hidup dengan selesa sewaktu bersara kelak. Sebilangan besar daripada kita tidak menyedari bahawa langkah pertama untuk jaminan masa hadapan adalah dengan mengekalkan apa yang dimiliki sekarang dan kemudiannya melabur untuk masa depan. Nampak begitu mudah, namun pada hakikatnya ramai daripada kita gagal untuk melabur pada peringkat awal sehinggalah semuanya sudah terlewat.

Takaful Ringankan Kos Perubatan

Imej
BERLALU sudah ibadat puasa sebulan di bulan Ramadan dan baru juga kita menyambut hari Raya Aidilfitri. Suasana raya masih lagi dirasai dimana-mana malah majlis rumah terbuka masih banyak diadakan. Mudah-mudahan ibadat puasa yang telah berlalu itu telah dapat melahirkan insan-insan yang bertaqwa kepada Allah Taala. Walaupun Islam tidak melarang untuk melahirkan kegembiraan dalam meraikan hari Raya Aidilfitri ini namun biarlah ianya dalam batasan yang dibenarkan Allah Taala. Sikap berhati-hati perlulah sentiasa diberikan keutamaan dalam semua aspek terutamanya apabila musim perayaan besar seperti ini tragedi kemalangan dan kecelakaan menjadi suatu yang amat mengerikan.

Malaysia Memerlukan Ramai Tenaga Pakar Dalam Industri Kewangan Islam

Imej
INDUSTRI kewangan Islam sejak le­bih sedekad lalu merupakan salah satu sektor yang paling pesat berkembang dalam sistem kewangan global. Sektor yang dimulakan de­ngan AS$150 bilion (RM558 bilion) pada pertengahan 1990-an ini telah berkembang secara berperingkat dan konsisten. Pertumbuhan yang kukuh tersebut terbukti dengan jumlah aset di dalam industri perbankan Islam yang berkembang secara purata 16.4 peratus setahun daripada RM303.2 bilion pada akhir 2009 kepada RM558.2 bilion pada akhir 2013. Selari dengan kepesatan penyelidikan dan perkembangan industri kewa­ngan Islam global adalah mustahak bagi institusi-institusi kewangan khususnya bank pusat untuk mengambil kira aspek modal insan dan daya kerja sumber manusia yang bukan sahaja mencukupi malah mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk memacu pembangunan dan inovasi di dalam industri ini.

Konsep Pupuk Sikap Saling Membantu

Imej
Produk takaful sering disebut sebagai produk berasaskan perlindungan bersama. Boleh jelaskan apa yang dlmaksudkan 'perlindungan bersama' itu? Sebenarnya ramai yang masih tidak memahami konsep atau gambaran perlindungan bersama dalam produk takaful. Sistem takaful berlandaskan prinsip 'ta'awun' iaitu saling membantu dan 'tabarru" yang membawa erti sumbangan. Dengan menyumbang sejumlah wang kepada dana risiko takaM, peserta telah bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain jika salah seorang daripada peserta mengalami musibah atau kemalangan. Contoh mudah, semasa di zaman persekolahan dahulu kita pernah melalui zaman 'kutipan duit kelas' di mana dalam pelajar dalam satu kelas telah sepakat untuk saling menyumbang sebanyak RM1 kepada tabung khas pada setiap akhir bulan. Kutipan tabung ini selalunya digunakan untuk jamuan akhir tahun atau membeli hadiah buat guru yang bakal bertukar sekolah.