Catatan

Catatan Terkini

Dia

Imej
Jangan mimpi nak kaya kalau kita tak jaga DIA! . Mungkin boleh kaya, tapi kita akan kaya dalam keadaan DIA tak suka. . Yang bagi idea, yang bagi tenaga, yang bagi kemampuan itu semua DIA.

Keberkatan Dalam Islam

Imej
Keberkatan dalam Islam ialah satu kenikmatan yang dianugerahkan ALLAH SWT kepada seseorang hamba yang dikehendaki-Nya dalam pelbagai bentuk termasuklah kebahagiaan, ketenangan, kedamaian dan sebagainya. . Dalam konteks bekerja, rezeki yang berkat menjadikan seseorang itu sentiasa berasa cukup dan tenang walaupun bukan hidup dalam kemewahan. Kunci yang utamanya ialah bersyukur dengan apa sahaja yang ALLAH berikan kepada kita.

Haram Hukum Bermain Permainan Aplikasi Ramalan dan Boleh Meruntuhkan Akidah

Imej
Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dengan kegiatan permainan ramalan yang semakin hebat dipromosikan melalui laman sosial kerana ia boleh meruntuhkan aqidah. Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata hukum permainan ramalan adalah haram dalam Islam dan menjadi dosa besar bagi sesiapa yang terlibat, walaupun hanya untuk berseronok di laman sosial. Beliau yang berkelulusan dalam bidang syariah dan undang-undang Universiti Al-Azhar juga berkata hukumannya tetap haram dan balasan di akhirat tetap sama, sama ada bermain atau sekadar ‘like’ game yang dimain kenalan di Facebook, berkongsi mahupun ‘update’ status game yang mereka main. Perunding Motivasi, Datuk Ustaz Mohd Zawani Yusoh berpendapat umat Islam perlu mengkaji bentuk permainan yang ada di laman sosial dengan mengadakan saringan atau menapis maklumat-maklumat yang diperoleh agar tidak terjerumus ke dalam aktiviti terlarang dan melanggar syariat Isla

Penyalahgunaan Nama dan Logo MTS

Imej
PENGUMUMAN! PENYALAHGUNAAN NAMA DAN LOGO KORPORAT PERSATUAN TAKAFUL MALAYSIA (MTA). Pihak Persatuan ingin memaklumkan mana-mana orang awam yang mengetahui atau menjumpai aktiviti yang sama agar segera melaporkan kepada: Persatuan Takaful Malaysia Tel         : 03 – 2031 8160 Faks : 03 – 2031 8170 E-mel : enquiries@malaysiantakaful.com.my Untuk maklumat lanjut mengenai fungsi dan aktiviti MTA, sila lawati kami di: Website         : http://www.malaysiantakaful.com.my Facebook : https://www.facebook.com/mtasocialmedia.mta

Ketua Takaful IKHLAS Menang Anugerah CEO Terbaik 2017

Imej
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad, Datuk Ab Latiff Abu Bakar dipilih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terbaik 2017 bagi industri Takaful, pada majlis Anugerah Kewangan Islam Dunia (GIFA) 2017. Menurut satu kenyataan di sini hari ini, Ab Latiff dipilih menerima anugerah itu atas berdasarkan sumbangan beliau dalam membangunkan industri Takaful Malaysia menerusi pelbagai inisiatif dan inovasi produk selain usahanya dalam memacu kejayaan Takaful IKHLAS. "Menerusi kepimpinan Ab Latiff, Takaful IKHLAS mencatat pertumbuhan perniagaan yang kukuh, dalam kedua-dua perniagaan Takaful Keluarga dan Am, dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2017 (FY17)," katanya. Takaful IKHLAS mencatat pertumbuhan 9.3 peratus sumbangan kasar kepada RM989 juta berbanding RM904.9 juta yang dicatatkan pada FY16. Sumbangan kasar perniagaan Takaful Keluarga meningkat 10.3 peratus tahun ke tahun kepada RM674.1 juta manakala sumbangan kasar perniagaan Takaful Am meningkat

Ke Mana Hilangnya Duit Kita?

Imej
PARA ilmuwan Islam ada pelbagai definisi untuk keberkatan. Keberkatan berasal daripada kalimah arab `barakah’ yang membawa maksud berkembang dan bertambah. Keberkatan penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Cara kita mengemudi sesebuah kehidupan dengan usaha yang diredhai oleh Allah akan meraih keberkatanNya. Keberkatan bukan hanya ada pada harta dan wang ringgit, bukan juga pada jawatan dan pangkat, bukan juga pada harta semata-mata. Boleh jadi, apabila kita membuat sesuatu perbuatan yang menjemput keberkatan, ia dibalas oleh Allah kepada kita dengan berbagai cara dan bentuk - mungkin anak yang mudah dididik, suasana kerja yang harmoni dan harta yang tidak banyak tetapi mencukupi untuk perbelanjaan. Walau bagaimanapun, sebagai contoh, jika kenderaan anda selalu rosak atau anak-anak anda berkelakuan degil, tidak bermakna yang hidup anda tidak berkat. Barangkali tuhan mahu menguji kita supaya bermuhasabah diri dan untuk berasa lebih dekat dengan-Nya. Begitu juga dengan cara

Purata 20 Orang Maut Setiap Hari Di Jalan Raya

Imej
Purata 20 orang maut setiap hari daripada 7,152 kes kemalangan maut dicatatkan sepanjang tahun lepas mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), daripada jumlah purata itu, 12 orang merupakan penunggang atau pembonceng motosikal. Ini menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang kadar kematian terbesar di atas jalan raya tahun lepa s dengan mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 4,485 orang, Berdasarkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), sebanyak 82 peratus kemalangan maut itu berlaku disebabkan faktor kecuaian pengguna jalan raya itu sendiri. . 📋  Untuk mendapat cadangan pelan perlindungan Takaful secara Percuma; 💚   http://takaful-ikhlas.top/ quotation-pelan-takaful . #takafulikhlas #ikhlas2u