Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Kanser Payu Dara: Utamakan Rawatan Moden

Post by Ikhlas2u .

Berdakwah Dalam Medan Kewangan Islam

Imej
Islam adalah satu-satunya agama yang syumul meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Kehebatan Islam sebagai suatu cara hidup manusia berbanding ajaran agama-agama lain boleh dilihat melalui perjalanan hidup sirah Nabi Muhammad SAW sebagai suri tauladan ummah. Sirah Rasullullah SAW kerapkali menceritakan bagaimana Baginda berdakwah melalui akhlak ketika bermuamalat atau berniaga. Kesyumulan Islam boleh dilihat melalui perkembangan industri kewangan Islam pada masa kini.   Berkembangnya industri kewangan Islam secara tidak langsung membuka lembaran medan dakwah yang terbaharu. Umat Islam seharusnya mengambil peluang ini menyampaikan mesej-mesej dakwahmempromosikan kewangan Islam sebagai suatu agenda transformasi kepada suatu sistem muamalat yang diredhai Allah SWT.

Keperluan Untuk Mendidik Masyarakat Mengenai Takaful

Imej
Sejak skim Takaful diperkenalkan pada tahun 1984, ia telah melalui suatu proses pertumbuhan yang menggalakkan dari sudut penawaran produk dan operasi pengendalian Takaful. Walau bagaimanapun, penyertaan masyarakat terutamanya masyarakat Melayu masih di tahap yang mendukacitakan. Walaupun pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh pihak-pihak yang berkenaan namun ia tidak dapat menyedarkan hati majoriti masyarakat Melayu. Kadar penembusan Takaful hanyalah sebanyak 13 peratus pada Jun 2013 seperti yang dilaporkan Persatuan Takaful Malaysia ketika '4th Annual World Takaful Conference'. Ini bermakna bagi setiap 100 orang hanya 13 orang mempunyai perlindungan Takaful.

Perbankan Halal Kurang Disedari?

Imej
STATUS halal memang dititikberatkan umat Islam terutama jika melibatkan soal makanan dan minuman. Namun, apabila bercakap mengenai kewangan dan institusi perbankan, pernahkah anda terfikir bagaimana hendak mengetahui sistem yang digunakan perbankan itu benar-benar halal dan mengikut syariat Islam? Ketua Pegawai Eksekutif Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (As Salam Capital), Halim M Dzin berkata, perbankan Islam yang benar-benar halal akan menggunakan konsep Tawarruq dalam kemudahan pembiayaannya.

Pelaburan Pendidikan Anak Serendah RM80 Sebulan

Imej
Pendidikan adalah hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Akan tetapi, perlu diingat, pada masa kini, pendidikan yang baik dan sempurna memerlukan komitmen bukan sahaja dari segi masa dan tenaga, malah wang ringgit. Tahun demi tahun, masalah pelajar tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebab oleh masalah kewangan semakin ramai. Bukan masalah pelajar tidak pandai. Tapi disebabkan oleh MASALAH KEWANGAN. Bagaimana ini boleh berlaku? Mari kita fikirkan.

Zakat: Insurans Dan Takaful Anak

Imej
Soalan:  KELUARGA saya baru sahaja mendapat duit simpanan daripada sebuah pengendali insurans takaful pendidikan anak-anak saya yang berusia 12 dan 13 tahun sebanyak RM20,000 dan suami saya juga baru mendapat pampasan daripada sebuah takaful atas kecederaan yang dialaminya kerana kemalangan jalan raya sejumlah RM150,000. Persoalan saya, adakah duit insurans ini juga perlu dizakatkan? Mohon penjelasan.

Wang Insurans Tidak Ikut Syarak Bukan Harta Pusaka

Imej
SOALAN: Anak lelaki saya sudah meninggal dunia dan meninggalkan saya, ibunya, seorang isteri serta dua anak perempuan. Saya sudah mendapatkan Surat Pentadbir Kuasa bagi mentadbir harta arwah. Baru-baru ini, pihak insurans mengeluarkan wang insurans nyawa secara berkelompok arwah kepada balunya. Dalam surat itu, beliau diamanahkan sebagai wasi dan hendaklah membahagikan wang berkenaan mengikut hukum faraid. Arwah tiada meletakkan penama untuk insurans itu. Namun, sehingga kini balu arwah tidak membahagikan wang berkenaan mengikut faraid atau menyimpan di tabung amanah untuk cucu saya walaupun dinasihatkan berkali-kali. Alasannya ialah wang insurans itu adalah insurans konvensional dan bukan secara Islam, jadi tidak perlu dibahagikan mengikut faraid. Apakah hak saya dan waris lain khasnya cucu terhadap wang insurans nyawa itu sama ada ia secara konvensional mahupun Islam. Ayah dan datuk, Selangor Darul Ehsan

Penyakit 3 Serangkai Jantung, Diabetes & Darah Tinggi

Post by Ikhlas2u .

Siapakah Yang Harus Di Persalahkan?

Post by Ikhlas2u .

Pelaburan + Simpanan + Perlindungan + Kad Perubatan

Post by Ikhlas2u .

Maut Akibat Denggi Meningkat, Epidemik Makin Teruk Di Malaysia

Imej
Walaupun epidemik pembawa maut Ebola mendapat tempat utama dalam tajuk utama di seluruh dunia, denggi kekal menjadi pembunuh utama di Malaysia dengan 200% kes dan kematian sepanjang tahun lalu meskipun semakin banyak kempen membendung denggi disebarkan. Diisytiharkan sebagai epidemik oleh Kementerian Kesihatan pada Julai, jumlah kes dijangka semakin meningkat menjelang November berikutan perubahan cuaca, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam, baru-baru ini. Sehingga 1 Oktober, jumlah kes dilaporkan di seluruh negara ialah 76,079 dengan Selangor mencatat kes tertinggi 37,077 diikuti Kelantan (12,965 cases), Kuala Lumpur (5,236), Johor (4,274) dan Perak (4,086). Menurut bilik operasi denggi kebangsaan Kementerian Kesihatan, 72,603 kes direkodkan bagi tempoh 1 Januari hingga 13 September tahun ini.