Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Kes Kemalangan Di Musim Perayaan

Imej
Balik Kampung - Cuti sempena Aidil Fitri : Ops Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri (10 – 25 Julai 2015) mencatatkan 20,458 kes kemalangan jalanraya dengan 330 nyawa terkorban daripada 303 kes kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian. Dengan kata-kata lain, dalam masa 15 hari Op Selamat dijalankan, purata kes kemalangan jalanraya harian ialah 1,364 kes semasa musim perayaan yang lalu. Berhati-hati semasa memandu, ingat orang tersayang. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik. Ohhh... Bagaimana dengan Keadaan ANDA pula? Adakah ANDA dilindungi? Bagaimana sekiranya anda ditimpa musibah?

Bagaimana Membersihkan Akaun KWSP Anda Daripada Riba

Imej
Cara buat pembersihan duit KWSP sebagaimana yang disyarahkan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman, dengan situasi wang RM100K: Keluarkan RM100K. 65% ialah pokok yang halal diambil (RM65K). 35% ialah dividen yang perlu dibersihkan. Maka RM35K perlu melalui proses pembersihan. 1. Pandangan pertama 70% tidak patuh syariah, 30% patuh syariah. 70% x RM35K = RM24500 perlu dibersihkan. 30% x RM35K = RM10500 boleh diambil. Jumlah yang boleh diambil, RM65000 + RM10500 = RM75500. Kemudian nilai ini perlu dizakatkan 2.5% berdasarkan zakat simpanan; 2.5% x RM75500 = RM1887.50 perlu dizakatkan. Jumlah bersih yang boleh kita ambil; RM75500 – RM1887.50 = RM73612.50