Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Imej
Menurut Human Resources Online, laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan kadar pengangguran tempatan adalah pada kadar 3.4% selama 3 bulan berturut-turut, tertinggi sejak November 2013. Seramai 506,000 orang terlibat dengan statistik itu. The Star Online melaporkan Maybank IB Research menjangkakan kadar pengangguran meningkat ke tahap 3.5% pada tahun 2016, berbanding 3.2% pada tahun lepas.

Garis Panduan Penyakit Tekanan Darah Tinggi

Imej
Untuk memastikan semua penyedia perkhidmatan kesihatan, sama ada dalam industri perkhidmatan rawatan primer (seperti Klinik Kesihatan), perkhidmatan rawatan tertier (seperti hospital besar) atau klinik swasta dapat mengikuti perkembangan dan pendekatan berdasarkan bukti daripada kajian yang terkini dalam penjagaan pesakit, garis panduan amalan klinikal atau dalam Bahasa Inggerisnya, ‘clinical practice guidelines’ (CPG) disediakan sebagai rujukan. CPG ini digubal dan dikemaskini oleh panel doktor pakar yang ternama dalam bidang masing-masing agar boleh dimanfaatkan oleh semua pengamal perubatan. Ini adalah supaya para pesakit mendapat penjagaan dan rawatan yang terbaik. Walaupun masyarakat umum tidak perlu tahu isi kandungannya secara terperinci, pengetahuan mengenai pesanan penting yang disampaikan dalam garis panduan ini dapat membantu dalam penjagaan kesihatan. Sedia untuk belajar mengenai isu asas berkenaan penyakit tekanan darah tinggi? Teruskan membaca!

Hanya 22% Pencarum KWSP Cukup Simpanaan Pencen

Imej
Hanya 22 peratus daripada 6.7 juta pencarum aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 54 tahun mempunyai simpanan yang mencukupi sebanyak RM196,800 atau lebih untuk menampung kehidupan mereka dalam tempoh persaraan. Ketua Jabatan Pengurusan Strategi KWSP Balqais Yusoff berkata, 78 peratus pencarum lagi tidak mempunyai asas caruman mencukupi untuk tempoh persaraan mereka.

Majoriti Umat Islam Masih Tidak Percayakan Takaful

Imej
SISTEM takaful yang diperkenalkan di Malaysia pada 1984 merupakan alternatif kepada insurans konvensional yang wujud di dalamnya unsur-unsur seperti riba, gharar (kesamaran) dan maysir (perjudian). Insurans patuh syariah itu bukan sahaja sebagai kaedah pengurusan risiko tetapi juga sebagai instrumen kewangan, simpanan, perlindungan, pelaburan dan pembangunan sosioekonomi. Namun setelah berusia 30 tahun, penguasaan pasaran insurans tempatan oleh sistem itu hanya sekitar 10 peratus sahaja walaupun majoriti penduduk Malaysia adalah kaum Melayu yang beragama Islam.