Majoriti Umat Islam Masih Tidak Percayakan Takaful

SISTEM takaful yang diperkenalkan di Malaysia pada 1984 merupakan alternatif kepada insurans konvensional yang wujud di dalamnya unsur-unsur seperti riba, gharar (kesamaran) dan maysir (perjudian).

Insurans patuh syariah itu bukan sahaja sebagai kaedah pengurusan risiko tetapi juga sebagai instrumen kewangan, simpanan, perlindungan, pelaburan dan pembangunan sosioekonomi.

Namun setelah berusia 30 tahun, penguasaan pasaran insurans tempatan oleh sistem itu hanya sekitar 10 peratus sahaja walaupun majoriti penduduk Malaysia adalah kaum Melayu yang beragama Islam.


“Walaupun kerajaan mengambil inisiatif atau menjadi pemandu kepada industri takaful tetapi apa yang masih menyedihkan adalah kefahaman dan kesedaran umat Islam terhadap industri itu masih berada pada tahap cetek dan rendah sekali.

“Pencapaian sistem itu boleh menggambarkan sejauh manakah sokongan dan dukungan masyarakat Islam terhadap insurans Islamik ini,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar Pemahaman Takaful 2016 anjuran Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, Selangor baru-baru ini. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif/Setiausaha Eksekutif MTA, Azli Munani.

Seminar sehari itu telah disertai oleh 500 orang peserta yang terdiri dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta individu.

SIKAP UMAT ISLAM 

Asyraf Wajdi percaya situasi tersebut berpunca daripada sikap umat Islam itu sendiri yang tertumpu kepada penilaian jangka pendek, khususnya jika melibatkan pinjaman perumahan atau perniagaan.

Sedangkan, masyarakat bukan Islam menyakini sistem itu walaupun ia berasaskan faktor komersial kerana ia lebih telus, tiada caj tersembunyi dan pelbagai faktor lain lagi.
“Semuanya itu saya peroleh semasa terlibat dalam sektor penyelidikan untuk industri kewangan Islam sebelum ini. Bukan Islam melihat dari sudut jangka panjang tetapi umat Islam tengok pada jangka pendek,” katanya.

Mengulas keadaan itu, Asyraf Wajdi berkata, sistem takaful tersebut tidak akan memberi apa-apa makna jika tidak didukung dan dipercayai sepenuhnya oleh masyarakat Islam sendiri.

Lagipun, masyarakat Islam seharusnya menyedari komitmen kerajaan membangunkan sistem takaful itu bukan kerana aspek komersial tetapi ia lebih kepada usaha kerajaan untuk mematuhi prinsip syariah dalam sistem ekonomi.

Pandangan yang sama turut dikongsi oleh Azli Munani kerana pada tahun 2015, jumlah aset takaful dalam industri insurans tempatan hanya sekitar RM22 bilion berbanding insurans konvensional yang mencecah RM230 bilion.

“Walaupun ia tumbuh 14 - 20 peratus setiap tahun tetapi kerana asetnya yang rendah, ia agak kurang berbanding aset konvensional walaupun pertumbuhannya adalah lima peratus setiap tahun,” katanya.

Sehubungan itu, Azli memberitahu, pihak persatuan sedang giat melaksanakan pelbagai kempen kesedaran dalam kalangan umat Islam, khususnya golongan muda.

Dalam masa sama, MTA turut mengadakan kerjasama dengan beberapa institut pengajian tinggi (IPT) tempatan supaya pihak IPT berkenaan melakukan penyelidikan dari aspek kebaikan dan kelemahan sistem takaful pada sudut pandangan masyarakat Islam.

“Kami sedar untuk tarik minat umat Islam, ia bukan hanya soal syariah tetapi kualiti perkhidmatan juga perlu diutamakan atau setanding dengan insurans konvensional,” katanya.

Selain itu, ia juga turut melibatkan usaha memperkukuhkan lagi sistem takaful bagi mengatasi masalah kelewatan tuntutan dan juga kewujudan elemen penipuan oleh ejen Takaful sendiri.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Rancang masa depan dari awal. Jom buat perlindungan dan simpanan di Takaful IKHLAS.

PM kami untuk maklumat dan penerangan lanjut.
Berikan Peluang yang terbaik untuk diri anda. Rancang Kewangan Anda melalui Pengendali Takaful Terbaik 2015 & 2016 dari Takaful IKHLAS Berhad.

Untuk mendapatkan Quotation berkaitan dengan Medical Card;
❤️ www.mediplan-takaful.blogspot.my
Untuk mendapatkan Quotation berkaitan dengan Pelan Perlindungan Takaful yang lain;
❤️ www.ikhlas2u-takaful.blogspot.my

Untuk Update Terkini dan Promosi Produk;
❤️ "LIKE" www.fb.com/ikhlas2u
❤️ "LIKE" www.fb.com/IkhlasMediplan
❤️ Instagram/YouTube/Twitter : ikhlas2u
❤️ Google + Channel : Takaful Ikhlas
❤️ Telegram Channel : https://telegram.me/TakafulIKHLAS

Untuk sebarang Pertanyaan;
💻 PM www.fb.com/messages/ikhlas2u
📱 018 - 468 2030 (WhatsApp/Telegram/SMS sahaja)

#‎TakafulIkhlas
 #‎MedicalCard
 #‎MediPlan
 #‎Ikhlas2u

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful