Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Takaful Ikhlas Berhad Dinobatkan Pengendali Takaful Terbaik Di GIFA 2015

Imej
Takaful Ikhlas Berhad, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) menerima pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi Anugerah Pengendali Takaful Terbaik sempena Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) 2015 yang berlangsung di Manama, Bahrain baru-baru ini. GIFA yang dianjurkan buat kali kelima sejak 2011 oleh EdBiz Consulting dengan kerjasama strategik National Bank of Kazakhstan itu meraikan pencapaian individu, institusi dan kerajaan dalam mempromosi dan menyokong perbankan dan kewangan Islam, menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini. Pada majlis tersebut, sebanyak lebih 30 individu dan institusi daripada pelbagai negara menerima anugerah-anugerah yang dipertandingkan.