Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Dia

Imej
Jangan mimpi nak kaya kalau kita tak jaga DIA! . Mungkin boleh kaya, tapi kita akan kaya dalam keadaan DIA tak suka. . Yang bagi idea, yang bagi tenaga, yang bagi kemampuan itu semua DIA.

Keberkatan Dalam Islam

Imej
Keberkatan dalam Islam ialah satu kenikmatan yang dianugerahkan ALLAH SWT kepada seseorang hamba yang dikehendaki-Nya dalam pelbagai bentuk termasuklah kebahagiaan, ketenangan, kedamaian dan sebagainya. . Dalam konteks bekerja, rezeki yang berkat menjadikan seseorang itu sentiasa berasa cukup dan tenang walaupun bukan hidup dalam kemewahan. Kunci yang utamanya ialah bersyukur dengan apa sahaja yang ALLAH berikan kepada kita.

Haram Hukum Bermain Permainan Aplikasi Ramalan dan Boleh Meruntuhkan Akidah

Imej
Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dengan kegiatan permainan ramalan yang semakin hebat dipromosikan melalui laman sosial kerana ia boleh meruntuhkan aqidah. Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata hukum permainan ramalan adalah haram dalam Islam dan menjadi dosa besar bagi sesiapa yang terlibat, walaupun hanya untuk berseronok di laman sosial. Beliau yang berkelulusan dalam bidang syariah dan undang-undang Universiti Al-Azhar juga berkata hukumannya tetap haram dan balasan di akhirat tetap sama, sama ada bermain atau sekadar ‘like’ game yang dimain kenalan di Facebook, berkongsi mahupun ‘update’ status game yang mereka main. Perunding Motivasi, Datuk Ustaz Mohd Zawani Yusoh berpendapat umat Islam perlu mengkaji bentuk permainan yang ada di laman sosial dengan mengadakan saringan atau menapis maklumat-maklumat yang diperoleh agar tidak terjerumus ke dalam aktiviti terlarang dan melanggar syariat Isla