Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Menyediakan Payung Bagi Perniagaan

Imej
Usahawan perlu membina simpanan mereka sendiri setiap kali keadaan baik dan perniagaan mereka membuat keuntungan. Ini membolehkan mereka untuk melabur wang kembali ke dalam perniagaan dan menghadapi waktu-waktu sukar, dan tidak perlu berhempas pulas mengumpul dana, kata pengarah urusan dan penasihat kewangan bebas Whitman Independent Advisors Sdn. Bhd., Yap Ming Hui. Kebiasannya bagi perniagaan kecil dan sederhana (IKS), pengasas cenderung untuk menggunakan dana dari poket mereka sendiri untuk memulakan perniagaan, dan bagi menghadapi masa-masa yang sukar. Menguruskan perniagaan adalah tugas yang sukar. Dan ia adalah amat sukar untuk beroperasi di dua medan - mengambil risiko dalam perniagaan dan pelaburan peribadi - pada masa yang sama, tetapi itulah yang banyak SME lakukan. Walau bagaimanapun, apa yang sering tidak mereka sedari ialah kekayaan peribadi yang kukuh boleh digunakan untuk menguatkan kedudukan perniagaan.

Kurang RM50,000 Simpanan KWSP Tidak Mencukupi?

Imej
Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata KWSP mempunyai 14 juta pencarum dan 69 peratus daripada anggota mereka yang berumur 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan setakat 31 Disember 2013. "Ini akan membawa kepada isu kekurangan tabungan persaraan. "Dengan mengandaikan bahawa setiap individu perlu berbelanja RM800 setiap bulan, bersamaan pendapatan garis kemiskinan semasa sebagai bayaran persaraan, simpanan RM50,000 itu hanya boleh bertahan selama lima tahun.

Aset Kewangan Islam Dijangka Cecah RM7.92 Trilion

Imej
Aset kewangan Islam dijangka berkembang sehingga RM7.92 trilion di peringkat global menjelang 2016 berbanding RM5.07 trilion yang dicapai sekarang. Pengerusi Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF), Tun Musa Hitam berkata, ia adalah satu cabaran yang perlu ditempuhi bagi mencapai sasaran itu.

Rakyat Malaysia Bergelut Sara Hidup Walaupun Ekonomi Naik

Imej
Rakyat Malaysia yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM6,000 masih tidak mencukupi walaupun Putrajaya mengumumkan keadaan ekonomi negara sedang meningkat naik. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan Bank Negara memuji angka terkini perkembangan ekonomi Malaysia dan pendapatan negara kasar, namun tinjauan The Malaysian Insider dengan 13 isi rumah di Lembah Klang dan Pulau Pinang menunjukkan kesukaran hidup di bandar besar.