Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

Kanser Buah Pinggang : Lelaki Lebih Berisiko

Imej
Peluang kita untuk mendapat kanser buah pinggang dalam seumur hidup adalah 1.6 peratus dan peratusan untuk mendapat kanser ini berbanding kanser lain adalah tiga peratus. Walaupun bilangan peratusan itu terlalu kecil, tetapi jika diserang kanser ini anda terpaksa memberikan 100 peratus daripada segala apa yang ada untuk mendapatkan kembali buah pinggang yang sihat dan normal. Ini kerana, kanser buah pinggang akan menjejaskan kesihatan penghidapnya seperti ditonjolkan gejala penyakit ini iaitu kelesuan, kencing berdarah, kesakitan di bahagian pinggang, hilang selera makan, berat badan susut dan bonjolan pada buah pinggang.