Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

76,000 Pesakit Strok Dengan Kadar Kematian 14,000 Orang Setiap Tahun

Imej
Kira-kira 76,000 pesakit strok mendapatkan rawatan di pelbagai hospital dan institusi perubatan setiap tahun dengan anggaran kos rawatan yang ditanggung sebanyak RM316.51 juta merangkumi 45,000 kes baharu yang menerima rawatan sebagai pesakit biasa dan 31,000 pesakit luar. Anggaran kos ini adalah berdasarkan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap kos rawatan strok bagi setiap pesakit yang mendapatkan rawatan setiap tahun. Secara purata setiap pesakit biasa menerima rawatan dengan kos RM5,447.29 seorang, manakala pesakit luar dianggar memerlukan kos rawatan RM2,278.04.

70 Peratus Kematian Di Hospital Kerajaan Berpunca Daripada Penyakit Tidak Berjangkit

Imej
Kira-kira 70 peratus kematian yang berlaku di hospital kerajaan pada setiap tahun adalah berpunca daripada penyakit tidak berjangkit (NCD), menurut kajian. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata penyakit itu termasuk kencing manis atau diabetes, kanser dan tekanan darah tinggi. "Kes-kes ini terlalu banyak dan kementerian mahu setiap individu memainkan peranan penting dan berusaha menjaga kesihatan masing-masing. Ia bukan hanya melibatkan kerajaan ataupun syarikat swasta sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran rasmi buku panduan masakan sihat Kinohimitsu Superfood Cookbook di Auditorium Institut Jantung Negara (IJN), di sini hari ini.

Kos Pelan Perubatan Di Malaysia Naik 17.3%

Imej
Penyediaan rawatan perubatan kepada kakitangan bagi syarikat di Malaysia akan menyaksikan kos tambahan sekitar 17.3 peratus tahun ini berbanding 2015, menurut kajian yang dijalankan. Badan penyelidikan firma perkhidmatan profesional, Mercer March Benefits menjangka Malaysia bakal mengalami lonjakan kedua terbesar di kalangan 11 negara dalam rantau Asia.

Pengurusan Kewangan Bijak

Imej

Perbezaan Insurans & Takaful

Imej

Pengenalan Takaful

Imej

BIZ MALAYSIA- BUAL BIZ INSURAN, KEPERLUAN ATAU KEHENDAK?

Imej