70 Peratus Kematian Di Hospital Kerajaan Berpunca Daripada Penyakit Tidak Berjangkit

Kira-kira 70 peratus kematian yang berlaku di hospital kerajaan pada setiap tahun adalah berpunca daripada penyakit tidak berjangkit (NCD), menurut kajian.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata penyakit itu termasuk kencing manis atau diabetes, kanser dan tekanan darah tinggi.

"Kes-kes ini terlalu banyak dan kementerian mahu setiap individu memainkan peranan penting dan berusaha menjaga kesihatan masing-masing. Ia bukan hanya melibatkan kerajaan ataupun syarikat swasta sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran rasmi buku panduan masakan sihat Kinohimitsu Superfood Cookbook di Auditorium Institut Jantung Negara (IJN), di sini hari ini.


Dr Hilmi juga berkata hampir 50 peratus rakyat di negara ini tergolong dalam kategori gemuk dan berat badan berlebihan dengan bacaan Indeks Jisim Badan (BMI) lebih daripada 25 manakala obesiti 30.

"Keadaan ini akan mendedahkan individu itu kepada pelbagai penyakit tidak berjangkit dan cara pemakanan perlu diubah," katanya.

Berminat untuk mendapatkan Cadangan Pelan Perlindungan Takaful & Medical Card? Isi Borang Online berikut http://goo.gl/twxUzK - Anda boleh memilih Pelan Perlindungan Takaful yang Bersesuaian dan mengikut Keperluan anda atau anda boleh menghantar mesej WhatsApp / Telegram : Taip : RFP dan Hantar ke : 018 - 468 2030.

Untuk sebarang Pertanyaan;
PM www.fb.com/messages/ikhlas2u
Untuk Update Terkini dan Promosi Produk;
❤️ "LIKE" www.fb.com/ikhlas2u
❤️ "LIKE" www.fb.com/IkhlasMediplan
Instagram/YouTube/Twitter : ikhlas2u
☂ Google + Channel : Takaful Ikhlas

 #‎TakafulIkhlas
 #‎MedicalCard
 #‎MediPlan
 #‎Ikhlas2u

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful