Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Kepentingan Takaful Perubatan

Imej
PEMBIAYAAN terhadap penjagaan kesihatan perlu dilihat sebagai antara aspek yang serius dalam kalangan masyarakat hari ini. Di negara barat, pembelian insurans perubatan dan kesihatan, turut menyokong sistem pembiayaan penjagaan kesihatan mereka menjadi lebih berkesan dan teratur. Hal yang sama sepatutnya berlaku di Malaysia. Pembelian takaful perubatan dan kesihatan mampu menjadi pelengkap kepada sistem pembiayaan penjagaan kesihatan yang sedia ada. Kini, ada pelbagai produk takaful perubatan dan kesihatan di pasaran tempatan. Malangnya, masih ramai individu di negara ini tidak memiliki takaful perubatan dan kesihatan.

Kuasa Medical Card

Imej
Peserta adalah isteri kepada Tuan Zainon sahabat saya sejak saya berpindah ke sini 12 tahun yang lepas. Mereka mula menyertai Pelan Medical Card Takaful Ikhlas pada September 2014 dengan sumbangan secara bulanan RM440 (sumbangan isteri beliau) Febuari 2016, isteri beliau dimasukkan ke salah sebuah Hospital Pakar akibat masalah pada bahagian usus kecil. Doktor Pakar memutuskan untuk menjalankan pembedahan segera pada hari yang sama. Alahmdulillah pembedahan berjaya, peserta diminta untuk tinggal di hospital bagi pemantauan lanjut selama beberapa hari. Kos pembedahan dan rawatan selama 12 hari di hospital tersebut berjumlah RM32,508.85 dan ditanggung sepenuh oleh Medical Card Takaful IKHLAS yang dimiliki 18 bulan yang lepas.

Ya Allah Cukuplah Ujian Yang Engkau Berikan

Imej
Ya Allah cukuplah ujian yang Engkau berikan pada hamba Mu ini Ya Allah, Kami hamba Mu yang lemah. Ya Allah yang maha mengasihi dan menyayangi, lindungilah kami dari sebarang malapetaka....Ameen Ya Rabbal Alamin...

Strok Haba : Tanda Awal dan Kaedah Rawatan Segera

Imej
Tanda Awal Strok Haba: ☀️ Sakit kepala berdenyut Mual ☀️ Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas ☀️ Denyutan nadi yang pantas ☀️ Otot lemah dan kejang ☀️ Muntah/rasa hendak muntah ☀️ Kulit kering dan kemerahan ☀️ Sawan ☀️ Pitam ☀️ Tangan dan kaki menjadi sejuk Cara Rawat Mangsa Strok Haba: 💦 Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba 💦 Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa 💦 Bawa mangsa ke tempat teduh, atau 💦 Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau

Kejayaan Satu-satunya Syarikat Malaysia Dalam Kategori Takaful

Imej
Takaful Ikhlas Bhd (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd (MNRB) menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila merangkul Anugerah Perbankan & Kewangan Global Eropah 2016-Syarikat Takaful Pilihan Tahun ini (Malaysia) daripada The European Magazine baru-baru ini. Kejayaan itu diraih oleh satu-satunya syarikat Malaysia Kategori Takaful. The European Magazine mempunyai rangkaian pengedaran yang merangkumi sejumlah pihak pengurusan kanan, dengan perincian maklumat yang bersumberkan agensi data dan berita yang paling dipercayai di seluruh dunia.

Kes Pertama Maut Akibat Strok Haba

Imej
Pelatih konstabel lelaki, Azizan Ayob, 23, meninggal dunia akibat strok haba ketika menerima rawatan di wad Hospital Daerah Segamat (HDS) di sini, semalam, selepas pitam pada majlis suai kenal, kelmarin. Pihak hospital memaklumkan bahawa arwah meninggal dunia dipercayai berpunca dari sistem sel dalam badan tidak berfungsi walaupun dengan bantuan mesin pernafasan. Pengarah Hospital Daerah Segamat, Dr Aman Rabu mengesahkan menerima pesakit berkenaan dan punca kematian akibat strok haba menyebabkan sistem sel dalam badan tidak berfungsi. AL-FATIHAH ******************************************************************

Medical Card Umpama “Tayar Spare” di Kereta Anda.

Imej
Cuba kita fikirkan, kenapa kita usung ke hulu-hilir "Tayar Spare" tu sedangkan tayar kereta kita tak bocor. Jawapan standard yang akan diberikan – Sebagai langkah berjaga-jaga kalau tayar bocor, sedangkan adakalanya kereta yang kita bawa tidak pernah bocor sepanjang kita pandu. Sampai la tukar tayar baru, pun tak pernah bocor. Tapi kita masih bawa juga "Tayar Spare" tersebut atas alasan “Kita tak tau bila tayar kita bocor atau pecah”. Jadi, sama la juga keadaan Medical Card. Oleh kerana kita tak jangkakan bila kita sakit, sebab itu kita perlu ada Medical Card. Rancang Kewangan Anda melalui Pengendali Takaful Terbaik 2015 & 2016 dari Takaful IKHLAS Berhad.

Sakit Jantung Juga Menyerang Orang Muda

Imej
Sakit Jantung Juga Menyerang Orang Muda...TIDAK TERKECUALI.. Ramai menyangka serangan jantung hanya berlaku kepada orang tua sahaja, sebenarnya situasi kini tidak mengambarkan sebegitu lagi, Sejak akhir-akhir ini kebanyakan kes jantung turut menyerang orang muda hingga menyebabkan kematian mengejut, malah ada kes menunjukan ianya telah menyerang sejak berusia 18 tahun lagi. Memandangkan sangkaan mereka masih muda kebanyakan tidak menyedari bahawa mereka mungkin penghidap sakit jantung kerana belum lagi didiagnosis. Oleh yang demikian, mereka menjalani kehidupan harian tanpa menyedari bahawa mereka sedang menghidap penyakit ini.

Perlu Ke Orang Kerja Kerajaan Ada Medical Card?

Imej
Keistimewaan pegawai kerajaan di hospital kerajaan ialah mendapat rawatan percuma sahaja. Tetapi senarai menunggu masih perlu diikut jika penyakit anda tidak urgent. Urgent di sini maksudnya ialah kalau tidak dirawat segera, boleh mati. Makin segera kematian kalau tidak dirawat, makin urgentlah kes tersebut. Kalau tak rawat pun tak mati maksudnya tak urgent dan boleh masuk ke senarai menunggu. Dalam senarai menunggu, siapa yang datang dulu dia dapat. Di sini anda perlu faham yang ada sakit yang boleh dirawat dengan ubat tahan sakit. Walaupun orang tersebut mengalami kesakitan sekali-sekala, dan penyakit yang dia alami tidak akan menyebabkan kematian (hanya menyebabkan kesakitan) jadi ada kemungkinan kami akan beri ubat tahan sakit dan orang tersebut masih akan berada dalam senarai menunggu.

Takaful Ikhlas Raih Anugerah Perbankan Dan Kewangan Global Eropah 2016

Imej
Takaful Ikhlas Bhd, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd (MNRB), memenangi Anugerah Perbankan dan Kewangan Global Eropah 2016 - Syarikat Takaful Terbaik (Malaysia) daripada The European Magazine. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata ia merupakan bukti daripada usaha berterusan syarikat dalam meningkatkan ekuiti jenamanya dalam kalangan pelanggan. "Kami bekerja keras selama ini untuk meningkatkan pengalaman jenama kami melalui penglibatan pelanggan dalam semua saluran pemasaran. "Kami ingin menyatakan penghargaan dan terima kasih kami untuk anugerah ini dan kepada pelanggan kami atas kepercayaan dan sokongan mereka. "Anugerah ini akan terus mengukuhkan usaha kami untuk mewujudkan pengalaman pelanggan yang konsisten di semua saluran cawangan," kata Ab Latiff. The European Magazine merupakan rakan kongsi berita Thomson Reuters dan mempunyai rangkaian pengedaran yang termasuk beberapa pembuat keputusan kanan di seluruh dunia. -

Simpan Saja Duit Anda

Imej
Simpan saja duit anda untuk kegunaan lain. Biar Medical Card kami yang bayar 100% bil hospital anda tak kira apa musibah menimpa, sakit atau kemalangan, Medical Card kami lindungi anda. Lindungi duit Simpanan anda di ASB, Tabung Haji, Pelaburan, Aset dan lain-lain dengan Pelan MediPlan yang sangat berkuasa ini. Kami akan bagi Medical Card peribadi agar anda mendapat rawatan terbaik di Hospital Pakar, 100% bil kami bayar. Rancang Kewangan Anda melalui Pengendali Takaful Terbaik 2015 & 2016 dari Takaful IKHLAS Berhad. Untuk mendapatkan Quotation berkaitan dengan Medical Card; ❤️  www.mediplan-takaful.blogspot.my Untuk mendapatkan Quotation berkaitan dengan Pelan Perlindungan Takaful yang lain; ❤️  www.ikhlas2u-takaful.blogspot.my Untuk Update Terkini dan Promosi Produk; ❤️ "LIKE"  www.fb.com/ikhlas2u ❤️ "LIKE"  www.fb.com/IkhlasMediplan ❤️ Instagram/YouTube/Twitter : ikhlas2u ❤️ Google + Channel : Takaful Ikhlas ❤️ Telegram Cha

3 Minit Untuk Masa Depan Anda

Imej
Luangkan masa anda kurang dari 3 minit untuk menonton video ini. Saya janji...kurang dari 3 minit. Ianya berkaitan dengan masa depan anda. ‪#‎ Kongsikan‬  jika bermanfaat. Sebarang Pertanyaan, boleh hubungi ; 018 - 468 2030 (WhatsApp/Telegaram/sms sahaja) PM fB Message :  www.fb.com/messages/ikhlas2u Email : ikhlas2u@yahoo.com ❤ "LIKE"  www.fb.com/ikhlas2u  untuk update terkini ❤  Medical Card Info -  http://www.mediplan-takaful.blogspot.my ❤  Blog -  http://www.ikhlas2u-takaful.blogspot.my

Takaful IKHLAS Sasar Raih RM1B

Imej
Takaful Ikhlas Bhd (Takaful IKHLAS), anak syarikat MNRB Holding Bhd menyasar untuk meraih pendapatan sumbangan kasar takaful berjumlah RM1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifhya, Datuk Ab Latiff Abu Bakar, berkata sasaran itu adalah realistik dipacu oleh pengenalan produk lebih inovatif dan penambahan jumlah pemegang polisi. Tambah Ejen "Ketika ini, Takaful IKHLAS menawarkan kira­kira 90 produk takaful dengan sekitar dua juta pemegang polisi. "Bagi memastikan jumlah penyampaian produk dan penambahan pemegang polisi baharu, kita bercadang untuk menambah ejen takaful keluarga kepada 5,000 orang menjelang tahun depan daripada 3,000 ejen ketika ini," katanya kepada media di Kuala Lumpur, baru-­baru ini.

Produk Berinovasi

Imej
Pengenalan Rangka Kerja Insurans Hayat dan Takaful Keluarga (LIFTF) diyakini mampu mengurangkan jurang perlindungan di Malaysia selari dengan usaha kerajaan bagi mencapai kadar penembusan insurans dan takaful sebanyak 75 peratus menjelang 2020 berbanding 54 peratus pada 2013. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas) Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan kepada inisiatif khusus yang ditawarkan menerusi rangka kerja berkenaan. Menurutnya, ia menggalakkan inovasi dan pasaran lebih kompetitif dibantu oleh profesionalisme dan ketelusan bertahap lebih tinggi dalam menyediakan produk atau perkhidmatan insurans dan takaful.

Takaful IKHLAS Kuasai 12% Pasaran

Imej
Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat MNRB Holdings Bhd menyasarkan pendapatan sumbangan kasar takaful berjumlah RM1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata, sasaran itu adalah realistik untuk dicapai melalui pengenalan produk lebih inovatif dan penambahan jumlah pemegang polisi. "Untuk memastikan perluasan produk dan penambahan pemegang polisi, kami berhasrat menambah bilangan ejen takaful keluar ­ ga kepada 5,000 orang menjelang tahun depan daripada 3,000 ejen ketika ini," katanya di sini. Sehingga kini, Takaful IKHLAS menawarkan kira-kira 90 produk takaful dengan sekitar dua juta pemegang polisi di seluruh negara dan memiliki 13 cawangan di bandar utama seluruh Malaysia. Beliau berkata, syarikat sudah berjaya meraih pendapatan sumbangan kasar takaful berjumlah RM826 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015 di mana ia melebihi jumlah pendapatan tahun

7 Cara Memanfaatkan Dana KWSP Anda

Imej
1.Pengeluaran Hilang Upaya Pengeluaran ini hanya akan digunapakai kepada individu yang kehilangan upaya secara fizikal atau mental untuk terus bekerja. Doktor pakar, kedua-duanya datang sama ada dari hospital awam ataupun swasta  mestilah menilai ketidakupayaan individu dan menyediakan laporan , yang akan disertakan didalam borang permohonan. Pemohon mestilah tidak berkerja untuk mengeluarkan dana KWSP.