Kes Pertama Maut Akibat Strok Haba

Pelatih konstabel lelaki, Azizan Ayob, 23, meninggal dunia akibat strok haba ketika menerima rawatan di wad Hospital Daerah Segamat (HDS) di sini, semalam, selepas pitam pada majlis suai kenal, kelmarin.

Pihak hospital memaklumkan bahawa arwah meninggal dunia dipercayai berpunca dari sistem sel dalam badan tidak berfungsi walaupun dengan bantuan mesin pernafasan. Pengarah Hospital Daerah Segamat, Dr Aman Rabu mengesahkan menerima pesakit berkenaan dan punca kematian akibat strok haba menyebabkan sistem sel dalam badan tidak berfungsi.

AL-FATIHAH
******************************************************************


Rentetan dari keadaan suhu yang tinggi, kita boleh terdedah pada strok haba atau ‘heat stroke’ iaitu paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celcius.

Apabila kepanasan dirasai badan, kita akan alami proses berpeluh bagi menyejukkan badan kita. Ia adalah satu proses yang normal tetapi jika berterusan ia akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan yang sekaligus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian.

Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan. Hipertermia ialah keadaan seseorang mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan. Risiko hipertermia lebih tinggi buat warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang menghidap hipertiroidisme. Maka, penting untuk ambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara rawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba.
******************************************************************
Rancang Kewangan Anda melalui Pengendali Takaful Terbaik 2015 & 2016 dari Takaful IKHLAS Berhad.

Untuk mendapatkan Quotation berkaitan dengan Medical Card;
❤️ www.mediplan-takaful.blogspot.my

Untuk mendapatkan Quotation berkaitan dengan Pelan Perlindungan Takaful yang lain;
❤️ www.ikhlas2u-takaful.blogspot.my

Untuk Update Terkini dan Promosi Produk;
❤️"LIKE" www.fb.com/ikhlas2u
❤️ Telegram Channel : https://telegram.me/TakafulIKHLAS

Untuk sebarang Pertanyaan;
💻 PM www.fb.com/messages/ikhlas2u
📱 018 - 468 2030 (WhatsApp/Telegram/SMS sahaja)

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful