Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Kadar Simpanan Asas Baharu KWSP Januari 2014

Imej
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan ahlinya berhubung kuantum baharu Simpanan Asas, yang menetapkan RM196,800 sebagai amaun minimum ahli yang perlu ada dalam akaun KWSP mereka menjelang umur 55 tahun, berkuat kuasa bulan depan. Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kadar baharu itu ditanda aras dengan pencen m inimum pekerja sektor awam, yang bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun dari umur 55 hingga 75 tahun. Beliau berkata, ia akan disemak setiap tiga tahun berdasarkan kepada keperluan persaraan, kadar inflasi dan kos hidup.

Pertumbuhan Sektor Takaful 2014 Dijangka Stabil

Imej
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn Bhd Ab Latiff Abu Bakar berkata industri takaful dijangka mengakhiri 2013 dengan pertumbuhan kukuh sebanyak kira-kira 20 peratus. Beliau berkata berdasarkan laporan Ernst & Young, Malaysia muncul sebagai pasaran takaful keluarga terbesar dan dijangka terus menerajui industri takaful Asean, dengan menguasai 70 peratus daripada sumbangan takaful kasar. "Aset industri takaful dijangka berkembang lebih daripada 10 peratus, dengan industri insurans berkembang lebih lima peratus," kata Ab Latiff.