Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Manfaat Takaful Dihibahkan Berbanding Faraid

Imej
Peserta takaful boleh menarik nafas lega apabila Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara mengeluarkan satu resolusi bahawa takaful boleh dihibahkan. Ini bermaksud sebarang faedah kematian boleh diberi terus kepada penama tanpa perlu difaraidkan. Keputusan MPS pada 5 November 2014 berasaskan pertimbangan memandangkan peserta memilih untuk membahagikan manfaat takaful kepada penama secara hibah ketika hidup (peserta), adalah adil dan munasabah jika setiap penama mendapat bahagian sama rata bukan peratusan bahagian masing-masing. Kaedah itu boleh mengelakkan timbulnya persengketaan sesama penama jika satu pihak mendapat bahagian yang lebih berbanding pihak lain.

Rancang Kewangan dan Risiko Masa Depan Melalui Takaful

Imej
SENARIO dan keadaan dunia hari ini yang tidak menentu memerlukan kita lebih peka dengan soal perancangan dan pengurusan risiko. Kemalangan yang membabitkan kematian atau kecederaan serta masalah kewangan merupakan antara cabaran terbesar yang perlu ditempuh oleh setiap individu ketika ini. Walaupun begitu, ramai dalam kalangan Melayu Islam yang masih memandang ringan terhadap perkara ini tanpa melakukan sebarang tindakan atau perancangan bagi menghadapi setiap cabaran masa depan. Kurangnya pendedahan mungkin menjadi salah satu faktor yang membawa kepada sikap acuh tak acuh dalam merancang dan menguruskan risiko yang bakal dihadapi.