Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Simpanan, Perlindungan & Kad Perubatan

Imej
Kini....Dengan Lebih Perlindungan, Lebih Kemudahan disertakan dengan Simpanan untuk masa depan anda. Dapatkan khidmat rundingan Perancangan Kewangan dengan perunding kami Klik imej untuk besarkan

Jangka Hayat Kaum Lelaki Pendek

Satu kajian empirikal mendapati purata jangka hayat lelaki di Malaysia lebih pendek daripada wanita dengan perbezaan kini sehingga tujuh tahun. Dekan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr. Khalid Yusof berkata, golongan wanita mampu mencapai usia sehingga 79 tahun berbanding lelaki hanya setakat 72 tahun. Beliau berkata, keadaan tersebut berpunca daripada kegagalan kaum lelaki mengamalkan gaya hidup sihat sehingga mudah terdedah kepada risiko pelbagai jenis penyakit. "Golongan lelaki lebih terdedah kepada risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, strok, buah pinggang, diabetes dan kanser.