Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Formula Kejayaan Bisnes Orang Cina

Imej
Formula kaum Cina di negara ini menempa kejayaan dalam bidang perniagaan wajar dicontohi semua masyarakat. Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, orang Cina berdikari dan tidak mengharapkan bantuan dalam menjalankan perniagaan. “Nak berjaya dalam bisnes, kita kena tahu kelemahan kita. Macam mana orang Cina boleh berjaya? Kerana daripada awal mereka mengakui kelemahan mereka.

Kos Perubatan Masalah Terbesar Rakyat Malaysia Lepas Bersara

Imej
Lebih separuh daripada rakyat Malaysia bimbang mengenai pelaburan kesihatan mereka selepas bersara apabila Putrajaya pada hujung tahun lalu mengumumkan kos perubatan swasta akan dinaikkan. Kajian daripada kumpulan khidmat kewangan antarabangsa, Indeks Manulife Investor Sentiment mendapati 56% rakyat Malaysia bimbang tentang kenaikan harga ubat dan kesannya kepada wang simpanan mereka. Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Manulife Holdings Bhd, Mark O'Dell, berkata perkara paling utama yang dibimbangkan selepas bersara adalah kos perubatan berbanding isu kesihatan yang semakin merosot pada usia tua.  "Ramai responden menunjukkan kos perubatan semasa tempoh persaraan menjadi kerisauan selepas perbelanjaan isi rumah. "Mereka lebih bimbang jika tidak mampu menampung kos perubatan mereka daripada memikirkan tentang kesihatan yang akan semakin merosot," kata O'Dell dalam satu kenyataan. Perkara ini berbeza dengan masyarakat negara lain di Asia yang menunjuk