Formula Kejayaan Bisnes Orang Cina

Formula kaum Cina di negara ini menempa kejayaan dalam bidang perniagaan wajar dicontohi semua masyarakat.

Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, orang Cina berdikari dan tidak mengharapkan bantuan dalam menjalankan perniagaan.

“Nak berjaya dalam bisnes, kita kena tahu kelemahan kita. Macam mana orang Cina boleh berjaya? Kerana daripada awal mereka mengakui kelemahan mereka.

“Mereka saling menyokong antara satu sama lain. Tiada dasar kerajaan menyokong mereka pun mereka berjaya.

"Mungkin ini formulanya. Apabila tahu kerajaan tidak membantu, mereka bergantung kepada diri sendiri,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Bengkel Eksekutif Muslim Profesional, semalam.

Membawa topik Jihad Bisnes:Satu Aspirasi Eksekutif Profesional Muslim, beliau menekankan soal berjihad melalui perniagaan yang memberikan ganjaran di akhirat kelak.

“Bisnes adalah satu wadah untuk kita membuat segala kebaikan. Bayangkan kalau kita berjaya dapat keuntungan.

“Harta kekayaan di dunia kita dapat, membuat amal kebaikan pun kita dapat. Insya-ALLAH tempat istimewa untuk orang yang berjihad menerusi bisnes,” katanya

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful