Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

Hutang - Tabiat Buruk Rakyat Malaysia

Imej
Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan satu statistik membimbangkan hari ini: cuma 6 peratus daripada rakyat Malaysia yang bekerja mampu untuk menyara diri bagi tempoh lebih enam bulan jika mereka tiba-tiba menganggur. Menurut kajian BNM baru-baru ini melibatkan lebih 4,000 rakyat Malaysia yang bekerja, kebanyakan daripada responden tidak mempunyai perancangan belanjawan yang teratur, atau tidak mengamalkan disiplin kewangan untuk mengurus perbelanjaan dan hutang. “Rakyat Malaysia cenderung untuk fokus kepada kepuasan jangka masa pendek,” kata pengarah pengendalian pelanggan dan pasaran BNM, Suhaimi Ali, semasa membentangkan laporan kajian itu.

Kereta : 1 Daripada Setiap 4 Rakyat Malaysia Bankrap

Imej
Seperti mana yang semua tahu, rakyat Malaysia memang suka kereta. Walau pun harga kereta naik, tapi mesti ada juga yang membelinya. Tak kiralah ada yang merungut ekoran kos taraf hidup yang meningkat, nafsu untuk memiliki kenderaan baharu adakalanya sukar untuk ditolak. Tetapi tahukah anda, satu daripada empat kes bangkrap di Malaysia dilaporkan adalah berpunca daripada pembelian kenderaan. Laporan The Sun menyebut antara 2011 dan 2015, sebanyak 27.94% atau 28,374 kes bangkrap dicatatkan di negara ini adalah berpunca daripada pembelian kenderaan. Sumber laporan ini adalah daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, yang mendedahkan antara punca utama kes bangkrap di negara ini.

Kenapa Tempoh Perlindungan Medical Card Penting?

Imej
Saya diminta untuk membuat semakan keatas Polisi berserta Medical Card yang dimiliki oleh beberapa orang kenalan. Berdasarkan semakan yang dibuat, ada beberapa perkara yang saya sentuh termasuk penerangan berkenaan TEMPOH perlindungan berserta Medical Card yang dimiliki sekarang ini. Mereka agak terkejut apabila dimaklumkan yang tempoh perlindungan yang dimiliki sehingga mereka berusia 70 tahun sahaja. Kenapa dengan tempoh perlindungan sehingga usia 70 tahun? Bagaimana sekiranya Allah mengurniakan rezeki umur yang panjang?

Takaful Ikhlas Sasar Jual 2,000 Polisi Pada MSAM 2016

Imej
Takaful Ikhlas Bhd (Takaful Ikhlas) menyasarkan untuk menjual 2,000 polisi bernilai RM3 juta sepanjang Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) 2016 di sini. Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Komersial, Keluarga, Wan Rosli Shaharuddin Wan Yaacob berkata, sasaran itu lebih 100 peratus berbanding yang dicapai pada MSAM tahun lalu di Sibu, Sarawak. Katanya semasa MSAM 2015, Takaful Ikhlas menjual sebanyak 600 polisi bernilai RM1.2 juta "Lokasi MSAM kali ini lebih strategik kerana Tapah terletak di tengah-tengah dan ini memudahkan orang ramai, terutama dari utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang selain Kuala Lumpur untuk datang," katanya.

Takaful IKHLAS Tawar Perlindungan Kewangan Sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2016

Imej
Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) yang juga anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) sekali lagi menjadi pempamer yang menyediakan perkhidmatan perlindungan takaful kepada semua pengunjung Minggu Saham Amanah Malaysia 2016 (MSAM 2016). Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad, Datuk Hj Ab Latiff Hj. Abu Bakar, Takaful IKHLAS telah menjadi pempamer bagi MSAM buat kali ke 13 bagi mempromosikan perkhidmatan perlindungan takaful yang berlandaskan Syariah. "Matlamat utama penglibatan Takaful IKHLAS dalam MSAM 2016 ialah untuk memberi pendidikan mengenai kepentingan perancangan kewangan kepada pengunjung di samping memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali dan melihat lebih dekat produk perlindungan syarikat kami.

RM310,000 Pelan Perlindungan Pendapatan [Income Protection]

Imej
Perlindungan Takaful RM310,000 adalah jumlah minima yang perlu ada bagi setiap rakyat Malaysia. Jumlah tersebut adalah berdasarkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia. Apakah manfaat perlindungan Takaful yang anda perolehi? MANFAAT ASAS PERLINDUNGAN TAKAFUL - Perlindungan Takaful sehingga peserta berusia 100 tahun 1) HILANG UPAYA KEKAL DAN MENYELURUH a - Sebab Biasa RM310,000.00 b - Akibat Kemalangan RM310,000.00 c- Ketika menggunakan Kenderaan Awam RM620,000.00 2) KEMATIAN a - Sebab Biasa RM310,000.00 b - Akibat Kemalangan RM310,000.00 c- Ketika menggunakan Kenderaan Awam RM620,000.00 3) Manfaat Pengecualian Caruman Sekiranya peserta ditimpa Penyakit Kritikal, sumbangan Takaful seterusnya akan dikecualikan (Percuma)

Kesedaran Takaful Umat Islam Sangat Rendah

Imej
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata kesedaran dan kefahaman umat Islam hari ini tentang industri takaful berada pada tahap yang cetek dan sangat rendah. Malah, Asyraf berkata meskipun ia telah diperkenalkan sejak lebih 30 tahun lalu namun hanya dikuasai 10 peratus masyarakat sahaja. "Kesedaran dan kefahaman umat Islam khususnya terhadap industri takaful ini masih berada pada tahap yang cetek dan sangat rendah sekali, yang mana berdasarkan statistik hanya 10 peratus walaupun sudah menjangkau (umur) 30 tahun," kata Asyraf. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan seminar pemahaman takaful di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi hari ini.

Sampai Mati Tak Rasa Wang Caruman KWSP

Imej
Seorang wanita terkilan apabila suaminya meninggal dunia sebelum sempat merasai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setelah 35 tahun bekerja keras demi hari tuanya. Hasnah Mohamad, 50, mendakwa, sepatutnya wang itu boleh digunakan bagi menampung kos rawatan suaminya, Che Hasnan Musa yang menghidap strok tahap tiga sejak Disember tahun lalu yang menyebabkan dia tidak boleh bercakap dan bergerak. Hasnah berkata, sebelum suaminya meninggal dunia awal Mac lalu, dia membuat permohonan mengeluarkan caruman suaminya bagi menampung perbelanjaan perubatan dan telah diluluskan KWSP. “Semasa suami masih ada, wang ini telah ditransit ke sebuah bank, tetapi malangnya sehingga ke saat suami saya meninggal pun, wang tersebut tidak boleh dikeluarkan atas alasan tidak munasabah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kedai Buloh.

Keperluan Medical Card Kepada Pejawat Awam

Imej
Kesihatan merupakan aspek kehidupan yang amat penting dan satu-satunya aset yang tidak ternilai harganya. Seiring dengan kemajuan yang telah dicapai, pelbagai kaedah moden telah diperkenalkan untuk merawat pelbagai penyakit. Sebagai Penjawat Awam, anda layak menerima rawatan komprehensif di hospital kerajaan dengan mudah tanpa bayaran. Tetapi, bilangan doktor pakar yang terhad di hospital kerajaan ada kalanya menyebabka n pesakit terpaksa menunggu giliran yang agak lama, manakala di hospital swasta, walaupun menyediakan rawatan yang pantas, kos rawatannya agak tinggi dan perlu ditanggung sendiri. Kos ini di luar kemampuan kebanyakan Penjawat Awam.

Hospital Kerajaan Bukan Semuanya Percuma Untuk Kakitangan Kerajaan.

Imej
KISAH BENAR; Baru-baru ini saya dihubungi oleh pelanggan saya, seorang Kakitangan Kerajaan. Beliau melahirkan rasa kekesalan kerana tidak menerima nasihat saya walaupun saya telah membentangkan 9 pelan pilihan termasuk Medical Card kepada beliau 2 tahun yang lepas. "Saya ingatkan sebagai Kakitangan Kerajaan saya akan dapat rawatan percuma, rupanya tidak. En. Mizie" "Saya terpaksa membayar RM3,500 untuk memasukkan besi dan skru pada pergelangan kaki saya". "Mana saya nak cari duit...En. Mizie..?". Saya cuma boleh melahirkan rasa simpati kepada beliau. Kepada kawan-kawan Kakitangan Kerajaan, masih belum terlambat...mula merancang dari sekarang.

100,000 Rakyat Malaysia Menghidap Kanser Setiap Tahun

Imej
Kira-kira 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun dan kaum wanita merupakan yang paling ramai mengalami penyakit tersebut, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Beliau berkata daripada jumlah tersebut, 4,753 adalah wanita Melayu diikuti wanita Cina seramai 4,422 orang, manakala kaum lelaki Cina lebih ramai menghidap kanser iaitu 4,078 orang berbanding lelaki Melayu seramai 4,058 orang. "Dianggarkan satu daripada empat orang rakyat Malaysia akan mengalami penyakit kanser pada usia 75 tahun dan antara sebab ia berlaku adalah kerana peningkatan populasi dan jangkauan usia yang lebih lama. "Dijangkakan, pada 2020 jumlah pesakit kanser di Malaysia akan meningkat 15 peratus dan ia terdiri daripada warga emas," katanya selepas pelancaran kempen kesedaran Kanser Usus Besar bersama komuniti PPR Desa Tun Razak, hari ini.

Wanita Semakin Berusia Semakin Berisiko

Imej
Selain kanser payudara yang paling digeruni golongan wanita, kanser servik atau pangkal rahim tidak terkecuali antara ‘mimpi ngeri’ yang paling ditakuti kaum Hawa. Semakin meningkat usia seseorang wanita, semakin tinggi risiko diserang kanser servik. Di seluruh dunia, seorang wanita meninggal dunia akibat kanser servik dalam setiap dua minit. Perunding Ginekologi dan Prof Klinikal Tambahan, Dr Suresh Kumarasamy berkata, kanser servik adalah penyakit yang meninggalkan ketakutan kepada wanita di seluruh dunia.

Amalan Hibah Elak Perebutan Harta

Imej
Terdapat dua urusan penting yang perlu diselesaikan sebelum dapat dilakukan urusan pembahagian harta simati iaitu hibah dan wasiat. Apakah yang dimaksudkan dengan hibah?  Perancangan kewangan penting kerana ia membabitkan kehidupan dua pihak iaitu kehidupan simati di alam roh dan orang yang ditinggalkan. Inilah yang dikatakan jaminan masa hadapan dunia dan akhirat. Islam tidak mahu umatnya bergaduh dan berkeluh-kesah malah bersedih sepanjang hayat selepas berlaku kematian. Lantaran harta adalah amanah yang perlu dikembangkan, maka menurut kaedah perancangan kewangan Islam, urusan hibah dan wasiat diharuskan kerana ia dilihat sebagai perbuatan kebajikan yang bakal menjamin kemaslahatan umum. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Bukanlah suatu kebajikan itu kamu menghadapkan muka ke Timur dan Barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab dan nabi, dan mendermakan harta yang dicintai kepada kerabatnya, anak yatim, orang miskin,