100,000 Rakyat Malaysia Menghidap Kanser Setiap Tahun

Kira-kira 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun dan kaum wanita merupakan yang paling ramai mengalami penyakit tersebut, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, 4,753 adalah wanita Melayu diikuti wanita Cina seramai 4,422 orang, manakala kaum lelaki Cina lebih ramai menghidap kanser iaitu 4,078 orang berbanding lelaki Melayu seramai 4,058 orang.

"Dianggarkan satu daripada empat orang rakyat Malaysia akan mengalami penyakit kanser pada usia 75 tahun dan antara sebab ia berlaku adalah kerana peningkatan populasi dan jangkauan usia yang lebih lama.

"Dijangkakan, pada 2020 jumlah pesakit kanser di Malaysia akan meningkat 15 peratus dan ia terdiri daripada warga emas," katanya selepas pelancaran kempen kesedaran Kanser Usus Besar bersama komuniti PPR Desa Tun Razak, hari ini.



Beliau berkata lima kanser utama yang menyerang rakyat di negara ini adalah kanser payu dara iaitu 14.5 peratus, kanser usus 12.1 peratus, kanser paru-paru 11.8 peratus, kanser pangkal rahim 5.7 peratus dan kanser kerongkong 5.4 peratus.

Dr. Hilmi berkata, sejumlah 2,246 kes kanser usus dilaporkan sebelum ini yang menjadi kanser kedua tertinggi di Malaysia.

Beliau berkata, kanser adalah punca kematian yang keempat iaitu 13.02 peratus di hospital kerajaan pada 2014.

3 April 2016 - BERNAMA

Rancang Kewangan Anda melalui Pengendali Takaful Terbaik 2015 & 2016 dari Takaful IKHLAS Berhad.

Untuk mendapatkan Quotation berkaitan dengan Medical Card;
❤️ www.mediplan-takaful.blogspot.my
Untuk mendapatkan Quotation berkaitan dengan Pelan Perlindungan Takaful yang lain;
❤️ www.ikhlas2u-takaful.blogspot.my

Untuk Update Terkini dan Promosi Produk;
❤️ "LIKE" www.fb.com/ikhlas2u
❤️ "LIKE" www.fb.com/IkhlasMediplan
❤️ Instagram/YouTube/Twitter : ikhlas2u
❤️ Google + Channel : Takaful Ikhlas
❤️ Telegram Channel : https://telegram.me/TakafulIKHLAS

Untuk sebarang Pertanyaan;
💻 PM www.fb.com/messages/ikhlas2u
📱 018 - 468 2030 (WhatsApp/Telegram/SMS sahaja)

#TakafulIkhlas
#MedicalCard
#MediPlan
#Ikhlas2u

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful