Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

GST : Notis Perlaksanaan dan Soalan Lazim Untuk Pelanggan Takaful IKHLAS

Imej
NOTIS MENGENAI AKTA CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (CBP) 2014 Para Pelanggan Yang Dihargai, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengumumkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) yang akan berkuat kuasa mulai 1 April 2015 dengan kadar 6 peratus. Sejajar dengan ini, Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) memaklumkan bahawa CBP akan dikenakan ke atas perkara-perkara berikut: Takaful Am •    Semua perlindungan Takaful Am berkuat kuasa 1 April 2015. Takaful Keluarga •    CBP akan dikenakan ke atas perlindungan non-life.  Yuran bagi perkhidmatan yang disediakan di bawah sijil ini dan sebarang komponen lain di bawahnya adalah dikenakan cukai Akta CBP.  Perlindungan non-life merangkumi pelan kemalangan diri, pelan penyakit kritikal dan pelan perubatan dan kesihatan. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi kakitangan Pusat Panggilan kami di 03 2723 9696, emel ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my   Terima kasih kerana memilih T

Tempoh Menunggu Giliran Haji Boleh Cecah 66 Tahun

Imej
Kuota jemaah haji Malaysia bagi musim yang akan bermula 16 Ogos depan kekal 22,320 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata pengekalan kuota yang dilaksanakan sejak 2013 itu diputuskan kerajaan Arab Saudi berikutan kerja-kerja perluasan dan pembangunan Masjidil Haram di Makkah yang masih berjalan. "Dalam mesyuarat bersama Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi Dr Bandar Hajar semalam, saya dimaklumkan kuota haji kepada Malaysia kekal seperti tahun lepas sementara tempoh pembangunan itu siap sepenuhnya.

Kanser Payudara: Mamogram Kunci Penyembuhan

Imej
KANSER payudara adalah kanser pembunuh nombor satu wanita di Malaysia. Oleh itu wanita dinasihati agar melakukan pemeriksaan yang dikenali sebagai ujian mamogram bagi mengesan tanda awal kanser payudara. Ia cara terbaik mengesan kanser payudara sebelum dikesan pemeriksaan klinikal atau sendiri. Usah takut dan malu. Mamogram dapat mengesan tumbuhan kecil dalam payudara atau sel-sel yang mana jika dibiarkan akan menjadi barah selama enam bulan sehingga beberapa tahun akan datang. Peringkat umur yang digalakkan pemeriksaan adalah mereka yang berusia 35 tahun dan ke atas. Bagi wanita yang Mempunyai sejarah keluarga mendapat kanser payudara pada usia kurang dari 40 tahun perlu lebih peka dalam menjalankan ujian ini.

Pencarum KWSP Berusia 55 Tahun - 80% Simpanan KWSP Bawah Garis Kemiskinan

Imej
Hampir 80% daripada pekerja yang akan mencecah umur 55 tahun pada tahun ini tidak akan mempunyai duit simpanan mencukupi dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk hidup atas garis kemiskinan, menurut perangkaan yang dikeluarkan ketua pegawai eksekutifnya. Datuk Shahril Ridza Ridzuan (gambar, kiri) berkata, para pekerja ini tidak akan mempunyai jumlah simpanan KWSP mencukupi bagi membolehkan mereka hidup dengan RM800 sebulan, yang hampir dengan pendapatan purata bagi garis kemiskinan Malaysia iaitu RM830, untuk 20 tahun akan datang.

Kualiti Perkhidmatan Kesihatan

Imej
Kerajaan dicadangkan supaya memberi penekanan terhadap aspek kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini termasuk kemampuan rakyat mendapatkan perkhidmatan itu memandangkan kos perubatan semakin meningkat setiap tahun. Kos perubatan dan perkhidmatan kesihatan di rantau Asia meningkat antara enam hingga lapan peratus setiap tahun. Sekiranya pesakit yang menghadapi komplikasi, perlu berjumpa dengan pakar sehingga perlu mengeluarkan kos yang lebih tinggi, tambahan pula kita kena tunggu giliran yang lama di hospital kerajaan.

Antara Punca Penyakit Wanita 40 Tahun Ke Atas Meninggal Dunia

Imej
Penyakit barah payudara, barah pangkal rahim, penyakit jantung dan diabetes merupakan antara penyakit yang menjadi punca wanita berusia 40 tahun ke atas meninggal dunia di negara ini. Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Tropicana Dr J. Thaneemalai berkata ini berikutan kebanyakan wanita kurang kesedaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan lebih awal selain menjalani gaya hidup yang tidak sihat.