Antara Punca Penyakit Wanita 40 Tahun Ke Atas Meninggal Dunia

Penyakit barah payudara, barah pangkal rahim, penyakit jantung dan diabetes merupakan antara penyakit yang menjadi punca wanita berusia 40 tahun ke atas meninggal dunia di negara ini.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Tropicana Dr J. Thaneemalai berkata ini berikutan kebanyakan wanita kurang kesedaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan lebih awal selain menjalani gaya hidup yang tidak sihat.


"Selalunya orang takut (lakukan pemeriksaan) sebab kurang kesedaran. Mereka tidak sangka ada penyakit," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah 'Kesihatan Wanita Usia 40 Tahun Ke Atas' anjuran Pusat Perubatan Tropicana sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, di sini, pada Sabtu.
Sehubungan itu beliau menasihatkan golongan wanita supaya membuat pemeriksaan tahunan termasuk ujian pap smear dan mamogram supaya dapat mengurangkan risiko penyakit itu.

Sementara itu Pakar Perunding Payudara dan Endokrin hospital sama, Dr Zamzuri Zakaria berkata pada masa kini, 30 hingga 40 peratus wanita berusia 40 hingga 50 tahun menghidap barah payudara.

Menurutnya wanita perlu memastikan sebarang perubahan pada payudara serta membuat pemeriksaan lanjut untuk mengenal pasti sebarang punca.

"Kalau kesan lebih awal, kemungkinan untuk kita hidup lebih lama adalah lebih tinggi," kata Dr Zamzuri.
Mengenai serangan jantung, Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Dr Haizal Haron Kamar pula berkata wanita mempunyai jangka hayat yang lebih pendek selepas terkena serangan itu, berbanding lelaki.
Ini berikutan wanita pada kebiasaannya mendapat serangan jantung pada usia lebih tua iaitu selepas putus haid selain mendapat simptom penyakit yang berbeza berbanding lelaki.

"Mungkin mereka dapat pada usia 65 tahun, tetapi lelaki mungkin 50 tahun. Kalau dibandingkan usia 65 dan 50 mendapat serangan jantung, pada kebiasaannya pemulihan adalah kurang berbanding yang lebih muda," katanya.

Beliau berkata simptom berbeza yang dialami wanita misalnya sakit di tangan kiri atau sakit pada rahang, turut menyebabkan mereka tidak menyangka mendapat simptom penyakit jantung.

"Kalau kaum lelaki dapat serangan jantung biasanya di bahagian tengah dada, atas sikit ke kiri dan naik ke atas, berpeluh-peluh, tetapi wanita mungkin bukan simptom macam itu. Apabila lambat ke hospital, kebanyakan otot jantung mereka sudah rosak," katanya.

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful