Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Tabbaru' hidupkan semangat tolong-menolong

Konsep derma dalam takaful lebih ke arah kebajikan, elak unsur gharar, riba dan maisir  DERMA dalam bahasa Arab bererti tabbaru'. Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, derma dinyatakan sebagai pemberian yang ikhlas, sedekah. Jadi menderma ialah memberi sesuatu dengan ikhlas. Derma adalah amalan soleh yang sangat digalakkan. Melaluinya, aspek tolong-menolong dan kasih sayang sesama insan dapat diwujudkan. Ada pelbagai dalil al-Quran dan al-Sunnah yang menyokong perkara ini. Antaranya firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang yang beriman. Nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepada kamu.” (Al-Baqarah: 254) Nabi SAW bersabda bahawa di antara tujuh golongan yang dilindungi Allah SWT pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah ialah golongan yang melakukan sedekah dengan senyap sehingga tidak diketahui apa dihulur tangan kanannya oleh tangan kirinya. Maksud hadis seperti yang diriwayatkan imam Buk

Usaha Lahir Ejen Insurans Berkualiti

KITA sering dihampiri individu yang menggelar diri mereka ejen insurans, namun sejauh mana mereka benar-benar ejen insurans berkualiti dan mempunyai tauliah? Adakah kita sedar bahawa ada institusi yang melatih dan menjalankan kursus bagi memastikan semua ejen insurans mampu menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dalam meyakinkan pelanggan melabur? Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Syarifah Dayana Syed Bakri dengan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Insurance Institute (MII), Khadijah Abdullah mengenai peranan MII dalam menghasilkan ejen insurans berkualiti. SEJAK ditubuhkan, berapa jumlah ejen insurans yang mendapat kelayakan daripada MII? Pada 2009 (Januari hingga Disember), seramai 29,707 orang ejen mendapat kelayakan daripada MII serta lulus Peperiksaan Prakontrak Untuk Ejen Insurans (Pre-Contract Examination for Insurance Agents).

Kenali Insurans Haram

SECARA ringkasnya, perbincangan hukum insurans dibincangkan dengan panjang lebar oleh ulama, terutama di kalangan ulama Asia Barat. Oleh kerana sistem insurans adalah ciptaan yang dikira baru menurut zaman, iaitu sekitar 1666 di London, ia hanya menembusi dunia Islam Arab sekitar 1830. Insurans konvensional adalah kontrak perniagaan yang termasuk dalam Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah). Ia mewajibkan syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum insurans apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yang ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.