Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

Bencana Kewangan Akibat Kanser

Imej
Dahulu, mereka yang disahkan menghidap kanser ibarat berdepan hukuman maut kerana peluang untuk penyakit terbabit sembuh sangat tipis dan ada yang tidak mampu diubati. Namun, kemajuan teknologi dalam bidang perubatan mengubah tanggapan negatif itu dan semakin ramai pesakit kanser dapat dipulihkan, malah kadar peluang untuk mereka terus hidup masih tinggi. Kini, kanser bukan lagi penyakit yang menakutkan sebaliknya kos bagi membiayai rawatan penyakit terbabit yang menghantui hidup pesakit kanser. Ini kerana, tanggungan kewangan untuk rawatan kanser turut meningkat dan semakin membebankan terutama kepada pesakit berpendapatan rendah dan apabila tahap kanser sudah lanjut ke peringkat akhir.