Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Rujukan Kes : Majlis Fatwa - Solat Ghaib Belum Perlu

Imej
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Majlis Fatwa Kebangsaan) memutuskan bahawa tidak perlu solat jenazah ghaib terhadap mangsa nahas MH370 yang beragama Islam. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, perkara itu berikutan pihak yang mencari dan menyelamat belum menjumpai mayat dan cebisan mangsa nahas MH370. "Oleh itu, jawatankuasa memutuskan, para penumpang dan anak kapal MH370 kini dikategorikan mafqud (anggapan orang hilang) sehingga usaha mencari dimuktamadkan. "Muzakarah juga memutuskan pengesahan kematian hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah bagi membolehkan pemansuhan perkahwinan, pembahagian harta faraid dan sebagainya dilakukan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, semalam.

Rujukan Kes : Insurans semula MAS kongsi kos pembayaran MH370

Imej
Pemegang insurans kepada pesawat MH370 bersetuju untuk menanggung US$100 juta (RM330 juta) kos kehilangan pesawat itu kerana belum jelas apa berlaku kepadanya, lapor Wall Street Journal. Bagaimanapun, perjanjian itu hanya kos kepada pesawat itu, tidak termasuk polisi insurans hayat atau pampasan daripada syarikat penerbangan. Dilaporkan, insurans semula terbahagi antara badan kapal dan tanggungan -  semua polisi komprehensif, yang meliputi kerugian penumpang dan pesawat - dan juga polisi yang melindungi pesawat daripada perbuatan jahat yang dikenali sebagai Hull War dan Allied Perils. "Bila punca kehilangan tidak diketahui, kami meningkatkan 50% daripada nilai pesawat," kata seorang yang biasa dengan sebut harga.

Renungan Di Sebalik Ujian Allah

Imej
Beberapa bulan lalu, negara digemparkan seketika dengan cuaca serta suhu dingin hinggakan sebuah daerah di negeri pantai timur mencecah suhu serendah 17 darjah Celsius. Rupa-rupanya tidak lama kemudian, Allah uji pula kita dengan musim panas sehingga sampai satu ketika suhu kali ini dikatakan panas luar biasa. Suhu yang panas bukan saja mengeringkan keadaan sekeliling, malah membuatkan tumbuh-tumbuhan mati kekeringan. Tidak sekadar itu, beberapa negeri di Semenanjung menghadapi krisis bekalan air hingga terpaksa dicatu akibat penyusutan tadahan air di kebanyakan empangan.

Antara 'Selesa' dan 'Miskin', Pilihan Bersara

Imej
POLEMIK sukarnya kehidupan selepas bersara, antaranya dikaitkan dengan kegagalan individu mengklasifikasikan akan kepentingan keperluan dan kehendak.   Akibatnya, mereka tidak menyedari kepentingan dana persaraan awal sepertimana yang dikupaskan dalam rencana siri akhir ini.   Soal mampu atau tidak, diletakkan ke tepi dan bukan menjadi perkara keutamaan. Yang penting, semuanya mesti mengikut perkembangan fesyen semasa.   Jenama terkenal melengkapi penampilan diri, daripada hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki kerana kalau tidak, ia boleh dikatakan menjejaskan reputasi individu itu.   Kepelbagaian gajet terkini pula menjadi pendamping setia, kereta idaman ramai ataupun buatan luar negara menjadi pilihan, biarpun terpaksa mengikat perut kerana perlu membayar pelbagai ansuran pinjaman.

#DoakanMH370 - Di Mana Sains Berakhir, Di Situ Kekuasaan Allah Bermula

"Di mana sains berakhir, di situ kekuasaan Allah bermula." Sains ialah sunnatullah/hukum alam ciptaan Allah. Alam ini berjalan mengikut hukum-hukum yang Allah sudah tetapkan seperti "Api itu panas". Namun Allah sebagai pencipta berkuasa untuk melakukan sesuatu yang melangkau sunnatullah dan juga akal manusia. Contoh kisah Nabi Ibrahim dibakar. Apinya tidak panas. Begitu juga yang berlaku hari ini. Teknologi digunakan untuk mencari #MH370 . Secara hukum alamnya, pasti boleh dijumpai. Namun jika Allah katakan tidak, maka tidak siapa mampu melawan kehendak Allah. Manusia hari ini taksub kepada sains sehingga lupa akan pencipta sains itu sendiri.   #PrayForMH370 #DoakanMH370 Kapten Norudin Abd Majid    

#DoakanMH370

Hanya DUA Cara Untuk Menemui Pesawat MH370   1) Doa daripada orang-orang yang soleh yang dekat dengan Allah 2) Doa dari ahli keluarga kerana mereka sedang beremosi dan Allah sedang melihat mereka

Takaful Ikhlas Percaya Sumbangan Kasar Atasi RM747 Juta

Imej
Takaful Ikhlas Sdn Bhd percaya sumbangan kasar bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 (FY14) akan mengatasi RM747 juta pada FY13, didorong pelaksanaan projek semasa dan dalam perancangan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ab Latiff Abu Bakar berkata sumbangan FY13 dibantu permintaan yang semakin meningkat ke atas produk insurans keluarga serta insurans am. Produk insurans keluarga terdiri daripada insurans am, perubatan dan polisi berkaitan pelaburan manakala produk am termasuk pemotoran, kebakaran, marin dan penerbangan.

Hati-hati Serangan 'Strok Haba'

Imej
Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius. "Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. "Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.