Rujukan Kes : Insurans semula MAS kongsi kos pembayaran MH370

Pemegang insurans kepada pesawat MH370 bersetuju untuk menanggung US$100 juta (RM330 juta) kos kehilangan pesawat itu kerana belum jelas apa berlaku kepadanya, lapor Wall Street Journal.
Bagaimanapun, perjanjian itu hanya kos kepada pesawat itu, tidak termasuk polisi insurans hayat atau pampasan daripada syarikat penerbangan.

Dilaporkan, insurans semula terbahagi antara badan kapal dan tanggungan -  semua polisi komprehensif, yang meliputi kerugian penumpang dan pesawat - dan juga polisi yang melindungi pesawat daripada perbuatan jahat yang dikenali sebagai Hull War dan Allied Perils.

"Bila punca kehilangan tidak diketahui, kami meningkatkan 50% daripada nilai pesawat," kata seorang yang biasa dengan sebut harga.
Perjanjian itu tidak bermakna syarikat insurans semula itu menerima tanggungjawab sepenuhnya dan jabatan pembayaran akan berunding sesama mereka kerana penerbangan dibayar penuh.

Minggu lalu, syarikat insurans Jerman, Allianz Global Corporate & Specialty mendedahkan ia adalah syarikat insurans utama bagi pesawat MAS bagi polisi liabiliti dan kapal.

Unit Lloyd di London, Atrium adalah syarikat insurans utama menentang perbuatan berniat jahat, termasuk keganasan dan bunuh diri. Ia memberi tawaran untuk membayar separuh daripada nilai pesawat itu.

Allianz enggan mengulas perkara itu, tetapi Lloyd berkata ia mempunyai “rekod membayar semua tuntutan sah dan mula membayar tuntutan berbangkit daripada tragedy itu”.

Dilaporkan, syarikat insurans peribadi, sudah mula membuat bayaran kepada mangsa MH370 susulan daripada pengumuman pihak berkuasa Malaysia, pesawat itu yang membawa 239 penumpang, terhenti di selatan Lautan Hindi tanpa tiada seorang pun terselamat.

“Kami sudah mengambil langkah perlu untuk menghubungi keluarga pemegang polisi kami yang menaiki pesawat itu,” kata AIA Bhd.

Syarikat insurans penumpang China juga sudah mula membuat bayaran kepada keluarga.

China Life, syarikat insurans hayat terbesar di negara itu, menjangkakan ia akan membayar sejumlah 9 juta yuan (US$1.5 juta) meliputi 32 penumpang dalam pesawat itu dengan jumlah 74 polisi.

Ping An Insurance Co berkata syarikat itu mempunyai 53 pemegang polisi dalam MH370 dan setakat ini bersetuju untuk membayar 10.5 juta yuan (US$1.7 juta) kepada 24 pelanggan selepas pengisytiharan pihak berkuasa Malaysia.

Pampasan daripada penerbangan dilihat akan melalui proses lebih panjang dan boleh membabitkan perang undang-undang dengan syarikat insurans penerbangan, kata WSJ.

“Bayaran akan dibuat secepat mungkin, dengan mempertimbangkan harapan dan jangkaan keluarga,” kata wakil syarikat penerbangan kepada WSJ.

Jumlah keseluruhan pampasan akan hanya diketahui selepas pentaksir mengenal pasti jumlah yang perlu dibayar berdasarkan kepada pekerjaan penumpang, jumlah tanggungan, kewarganegaraan dan undang-undang yang digunakan untuk mengira kemusnahan, kata laporan itu.

“Pampasan dalam nahas udara adalah mengenai kelayakan membuktikan kehilangan dan kerugian,” kata peguam penerbangan di firma Shine di Australia, Joseph Wheeler, yang dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.

Dalam bencana penerbangan, keluarga boleh ditawarkan pampasan segera supaya tidak membawa kes itu ke  mahkamah walaupun butir lanjut mengenai kejadian itu mungkin diketahui selepas itu.

“Ini bermakna, contohnya, jika keluarga menyelesaikan kes mereka dalam tempoh sebulan dari sekarang, dan kemudiannya selepas itu didapati komponen pesawat dikatakan menyumbang kepada punca nahas dan kematian, keluarga penumpang pada masa itu dilarang membuat tuntutan undang-undang terhadap pembuat pesawat itu,” katanya dalam laporan WSJ.

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful