Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

Mampu Raih Pendapatan Lumayan

Imej
Kerjaya sebagai ejen takaful berpotensi menawarkan pendapatan lumayan sehingga mencecah tujuh angka setahun. Perancang Kewangan Islam Usrah Associates, Samian Senin, berkata industri takaful pada hari ini memiliki prospek kerjaya cerah serta konsisten selagi ia dilakukan secara serius dan komited untuk tempoh jangka panjang. Katanya, berdasarkan pengalaman melatih ejen takaful baharu daripada kalangan graduan lepasan ijazah, seorang ejen mampu meraih pendapatan bulanan RM1,800 hanya dalam tempoh enam bulan, sekiranya mereka komited mengikuti sistem disediakan. “Ejen insurans atau takaful kini berbeza, ia satu kerjaya profesional dan industri takaful ini mampu menaikkan seseorang dengan lebih konsisten berbanding perniagaan yang memiliki terlalu banyak risiko atau jatuh bangunnya. “Mungkin bagi kita, untuk meraih pendapatan melebihi RM10,000 agak sukar, tapi berdasarkan pengalaman melatih ejen, ia tidak mustahil, bahkan ada dalam kalangan mereka yang sudah m

Ejen Takaful Janjikan Pendapatan Lumayan

Imej
Generasi muda digalak melibatkan diri dalam industri Takaful kerana ia menjanjikan pendapatan lumayan serta masa depan yang cerah. Pengurus Agensi Usrah Associates Group, anak syarikat Takaful Ikhlas Bhd, Samian Senin berkata, dengan menjadi ejen Takaful, seseorang itu boleh memperoleh pendapatan sehingga RM1 juta setahun selepas 10 tahun berada dalam industri berkenaan. "Kami memperoleh RM2.4 juta sebagai sumbangan kumpulan tahun lalu dan mencatat pertumbuhan 15 peratus tahun ke tahun. "Ia dianggap sumbangan yang progresif, berperingkat dan konsisten, walaupun ada pihak percaya industri Takaful agak lembab.

Takaful Ikhlas Tawar Peluang Kerja Lumayan

Imej
TAKAFUL Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas) penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan Islam yang berlandaskan prinsip dan hukum Syariah mampu memberi peluang pekerjaan yang cerah kepada kakitangannya. Hal ini diperakui tiga penerima anugerah pada Majlis Malam Anugerah Ejen Takaful IKHLAS yang ke-10 iaitu Samian Senin, Syafimazly Shafiee dan Zarini Shah Budin. Samian yang memenangi Anugerah Penghasilan Teratas Kategori Pengurus Agensi Kumpulan (Anugerah Takaful Keluarga) berkata beliau merupakan antara ejen terawal bagi Takaful Ikhlas.