Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

MSAM 2017 - Takaful IKHLAS Promosi Produk Berasaskan Syariah

Imej
Takaful Ikhlas Bhd (Takaful IKHLAS) mempromosikan Perkhidmatan Perlindungan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2017 (MSAM 2017) yang berlangsung di Dataran Temerloh di sini, sejak Khamis lalu. Perkhidmatan diperkenalkan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) itu adalah bagi memberi pilihan kepada pengunjung MSAM 2017 yang berakhir Selasa ini.

Malaysia Mempunyai Pesakit Diabetes Keempat Tertinggi

Imej
Sejumlah 3.5 juta rakyat Malaysia dewasa didapati menghidap diabetes pada 2015, yang merupakan jumlah keempat tertinggi penghidap penyakit itu di Asia. Apa yang lebih membimbangkan angka itu meningkat secara berterusan sejak 2006 berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan, kata Setiausaha Agung Kehormat Diabetes Malaysia, Datuk Rahimah Ahmad kepada Bernama di sini hari ini.

Takaful IKHLAS dan Agrobank Jalin Kerjasama Strategik

Imej
Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) baru­baru ini telah memeterai perjanjian persefahaman untuk tempoh lima tahun dengan Agrobank sebagai Rakan Takaful Pilihan atau Preferred Takaful Partner. Presiden dan Ke tua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata, kerjasama ini membolehkan kedua­dua pihak menyasarkan unjuran perniagaan yang baik dan menyeluruh.