GST : Notis Perlaksanaan dan Soalan Lazim Untuk Pelanggan Takaful IKHLAS

NOTIS MENGENAI AKTA CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (CBP) 2014

Para Pelanggan Yang Dihargai,
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengumumkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) yang akan berkuat kuasa mulai 1 April 2015 dengan kadar 6 peratus.

Sejajar dengan ini, Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) memaklumkan bahawa CBP akan dikenakan ke atas perkara-perkara berikut:

Takaful Am
•    Semua perlindungan Takaful Am berkuat kuasa 1 April 2015.

Takaful Keluarga
•    CBP akan dikenakan ke atas perlindungan non-life.  Yuran bagi perkhidmatan yang disediakan di bawah sijil ini dan sebarang komponen lain di bawahnya adalah dikenakan cukai Akta CBP.  Perlindungan non-life merangkumi pelan kemalangan diri, pelan penyakit kritikal dan pelan perubatan dan kesihatan.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi kakitangan Pusat Panggilan kami di 03 2723 9696, emel ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my 

Terima kasih kerana memilih Takaful IKHLAS sebagai pengendali Takaful pilihan anda.


 1. Adakah GST ini merupakan cukai baru dan mengapa ianya perlu dilaksanakan?
Cukai Barangan & Perkhidmatan (“CBP” atau "GST") adalah cukai penggunaan pelbagai-peringkat yang menyeluruh berdasarkan konsep nilai tambah. GST menggantikan cukai sekarang iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST). Cukai jualan dan cukai perkhidmatan akan dimansuhkan pada 1 April 2015.

2. Bilakah GST akan dilaksanakan?
Kadar GST ditetapkan pada 6% daripada nilai barangan dan perkhidmatan. GST akan dilaksanakan bermula pada 1 April 2015.

3. Adakah semua barangan dan perkhidmatan akan di kenakan GST?
Bergantung kepada jenis barangan seperti yang tertakluk di Akta.

4. Adakah pelan-pelan Takaful Keluarga dan Takaful Am dikenakan GST?
GST akan dikenakan ke atas pelan-pelan berikut:
Takaful Am
  • Semua sumbangan pelan-pelan Takaful Am berkuat-kuasa pada 1 April 2015
  • Contoh: Takaful Kenderaan, Kemalangan Diri, Perubatan, Kebakaran, Harta-benda dan sebagainya.
Takaful Keluarga
  • Pelan-pelan bukan-hayat (non-life), yang perlu dibayar pada 1 April 2015 dan seterusnya.
  • Pelan-pelan bukan-hayat (non-life) termasuk pelan kemalangan diri, pelan penyakit kritikal dan pelan perubatan dan kesihatan
GST juga akan dikenakan ke atas yuran-yuran sijil berikut dan seumpamanya:
Jenis Yuran
  • Yuran Pengurusan Sijil
  • Yuran Pengurusan Penguatkuasaan Semula Sijil
  • Yuran Pengurusan Pengeluaran Tunai
  • Yuran Pengurusan Penyerahan Sijil
  • Yuran Penukaran Unit (Bagi pelan Investment-Linked sahaja)
  • Yuran Penambahan Sumbangan (Bagi pelan Investment-Linked sahaja)
  • Yuran Pendua Sijil
  • Yuran Kad Perubatan
Produk Takaful yang tidak tertakluk dengan GST adalah:
Takaful Keluarga termasuk pelan whole-life, endowment, term-life, investment-linked dan sebagainya.
Pelan Takaful yang melindungi risiko di luar Malaysia. Ini termasuklah :
  • Takaful / insurans ke atas pelaburan luar pesisir
  • Takaful / insurans kembara bagi perjalanan antarabangsa
  • Perkhidmatan takaful / insurans eksport kredit

5. Perlukah saya membayar GST sekiranya saya menyertai pelan takaful yang menggabungkan pelan kemalangan diri atau perlindungan perubatan dengan pelan Takaful Keluarga?
Pelan Takaful Keluarga pada dasarnya adalah dikecualikan GST. GST akan dikenakan ke atas pelan-pelan bukan-hayat (non-life) yang berkenaan seperti pelan kemalangan diri, pelan perubatan dan lain-lain.

6. Adakah semua sumbangan dan perkhidmatan yang berlanjutan sehingga selepas 1 April 2015 tertakluk kepada GST?
Tidak. Ada sebahagian sumbangan takaful yang dikecualikan daripada GST selepas pelaksanaannya. Sumbangan takaful yang dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya sebelum pelaksanaan GST dikecualikan GST termasuk :
  • Takaful kenderaan bermotor
  • Takaful kebakaran

7. Bagaimanakah pengiraan bagi sumbangan Takaful Am di buat setelah GST di laksanakan?
GST akan dikenakan secara pro-rata (prorate) jika bayaran dibuat selepas 1 April 2015 untuk sijil yang berkuat-kuasa sebelum tarikh tersebut. GST akan dikenakan sepenuhnya untuk sijil yang berkuat-kuasa selepas 1 April 2015.

8. Adakah pihak syarikat akan memberikan penerangan atau pemberitahuan tentang sebarang perubahan mengenai GST?
Pihak syarikat akan memberitahu perihal GST dan sebarang perubahan mengenainya pada masa yang ditetapkan.

9. Apakah kesan ke atas nilai serahan (surrender) selepas pelaksaan GST?
Nilai Serahan tidak tertakluk kepada GST. Walau bagaimanapun, yuran pengurusan (jika ada) adalah tertakluk kepada GST.

10. Apa yang akan berlaku sekiranya pelanggan enggan membayar GST?
Sekiranya pelanggan enggan membayar GST, pihak syarikat berhak untuk menghentikan mana-mana perlindungan yang berkenaan.

11. Apakah pelan-pelan bukan-hayat (non-life rider) yang tertakluk kepada GST?
Pelan-pelan bukan-hayat (non-life) yang tertakluk kepada GST adalah seperti berikut:
Untuk Pelan Individu:
  • IKHLAS Accidental Death and Disability Takaful Rider
  • IKHLAS Critical Illness Takaful Rider
  • IKHLAS Hospital Benefit Takaful Rider
  • IKHLAS Waiver of Contribution Takaful Rider
  • IKHLAS Comprehensive Personal Accident Benefit Takaful Rider
  • IKHLAS Choice Plus Rider
  • IKHLAS Medic Assist Takaful Plan
Untuk pelan berkumpulan (Group):
  • IKHLAS Accidental Death and Disability Takaful Rider
  • IKHLAS Critical Illness Takaful Rider
  • IKHLAS Hospital Benefit Takaful Rider
  • IKHLAS Partial & Permanent Disability Takaful Rider (Accidental)
  • IKHLAS Group Hospitalization & Surgical Takaful

12. Adakah saya perlu untuk mendaftar GST?
Anda perlu mendaftar untuk GST sekiranya anda menyediakan perkhidmatan yang dikenakan cukai, dan jumlah pendapatan bercukai perniagaan anda bagi 12 bulan yang lepas melebihi RM500,000. Perniagaan yang tidak mencapai nilai tersebut boleh memohon secara sukarela untuk mendaftar di bawah GST. Walau bagaimanapun setelah mendaftar, perniagaan tersebut perlu kekal dalam sistem ini sekurang-kurangnya selama dua (2) tahun.

13. Bagaimanakah proses pendaftaran GST dan bilakah saya boleh mula mendaftar?
  • Anda perlu mengisi borang permohonan GST-01 yang boleh didapati di Pejabat Kastam ataupun di muat-turun daripada laman sesawang rasmi GST http://www.gst.customs.gov.my
  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian ataupun manual dengan menghantar borang ke Pejabat Kastam berhampiran.
  • Setelah permohonan berjaya, anda akan menerima surat yang mengandungi nombor pendaftaran GST dan tarikh pendaftaran GST.
  • Pendaftaran bermula pada 1 Jun 2014.

14. Saya peserta pelan Takaful Investment Linked dan dikenakan yuran seperti yuran wakalah, yuran pengurusan bulanan dan yuran pengurusan dana. Adakah yuran ini dikenakan GST?
Semua yuran adalah tertakluk kepada GST kecuali yuran wakalah tidak tertakluk kepada GST.

15. Bagaimanakah pengiraan GST bagi sumbangan Takaful Am di buat sekirannya agen memberikan diskaun kepada pelanggannya?
Sekiranya syarikat menawarkan diskaun, GST dikira ke atas sumbangan selepas ditolak diskaun. Walau bagaimanapun jika diskaun diberikan oleh agen, GST akan dikira ke atas sumbangan sebelum ditolak diskaun.

16. Adakah notis pembaharuan boleh dianggap sebagai invois GST?
Notis pembaharuan tidak boleh dianggap sebagai invois GST.

17. Adakah surat sebutharga takaful (quotation) boleh dianggap sebagai invois GST?
Dokumen sebutharga tidak boleh dianggap sebagai invois GST.

18. Adakah syarikat akan menghantar invois GST untuk sumbangan yang telah dibayar?
Para pelanggan syarikat boleh memperolehi invois GST di mana-mana kaunter Takaful IKHLAS atau melalui laman sesawang www.takaful-ikhlas.com.my.

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful