Tempoh Menunggu Giliran Haji Boleh Cecah 66 Tahun


Kuota jemaah haji Malaysia bagi musim yang akan bermula 16 Ogos depan kekal 22,320 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata pengekalan kuota yang dilaksanakan sejak 2013 itu diputuskan kerajaan Arab Saudi berikutan kerja-kerja perluasan dan pembangunan Masjidil Haram di Makkah yang masih berjalan.

"Dalam mesyuarat bersama Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi Dr Bandar Hajar semalam, saya dimaklumkan kuota haji kepada Malaysia kekal seperti tahun lepas sementara tempoh pembangunan itu siap sepenuhnya.


"Bagaimanapun, saya telah menyerahkan surat rasmi yang diutuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kerajaan Arab Saudi dan surat saya kepada Dr Bandar memohon supaya tambahan kuota dapat diberikan kepada jemaah Malaysia," katanya dalam sidang media sejurus tiba dari Jeddah di Lapangan Terbang Antarabangsa KL hari ini.

Jamil Khir berkata beliau dimaklumkan oleh Dr Bandar bahawa kerajaan Arab Saudi memberi pertimbangan dan perhatian yang tinggi kepada permohonan Malaysia dan menegaskan pengekalan kuota itu dibuat bagi menjamin keselesaan kepada seluruh jemaah.

Beliau berkata sejak kerajaan Arab Saudi mengurangkan 20 peratus daripada jumlah 29,700 jemaah yang dibenarkan sebelum ini, tempoh menunggu bagi masyarakat Islam negara ini yang ingin menunaikan haji semakin panjang dan jika diambil kira jumlah yang mendaftar dengan pemberian kuota, tempoh itu boleh mencecah 66 tahun.

Jika kuota itu terus berkekalan, tempoh menunggu juga turut meningkat berikutan jumlah mereka yang mendaftar untuk mengerjakan haji kini telah mencecah 1.7 juta daripada 1.5 juta orang pada Mei tahun lepas, katanya.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata kerajaan Arab Saudi turut menekankan kepentingan soal disiplin dalam kalangan jemaah haji, khususnya bagi mengelak kemasukan unsur-unsur fahaman militan seperti IS dan hal-hal yang tidak berkaitan dengan ibadat haji.

Beliau berkata bagaimanapun kerajaan Arab Saudi yakin sistem yang dilaksanakan Tabung Haji, khasnya dalam memberikan kursus dan kuliah kepada bakal jemaah mampu menghindarkan segala unsur tersebut sepertimana disiplin tinggi yang dipamerkan jemaah Malaysia sebelum ini.

"Mereka mahu pengibadatan ditumpukan kepada melaksanakan ibadah haji, bukan ada cabang-cabang lain atau mengambil kesempatan seperti membuat demonstrasi atau perkara negatif lain, dan ini merupakan larangan paling tinggi kerajaan Arab Saudi," katanya.

PERCUMA PERMOHONAN MANFAAT BADAL HAJI DALAM PELAN TAKAFUL IKHLAS

Peserta boleh menyertakan manfaat Badal Haji secara PERCUMA untuk mana-mana pelan perlindungan Takaful dari Takaful Ikhlas. Semasa membuat permohonan pelan takaful, peserta perlu melafazkan niat untuk perlaksanaan Badal Haji.

Jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji, maka niat untuk mengerjakan haji tersebut akan disempurnakan oleh pengendali badal haji yang dilantik.

Khidmat badal haji ini merupakan penambahan yang terdapat di dalam produk-produk dari Takaful IKHLAS yang merupakan pelan perlindungan beserta pelaburan simpanan yang direka bagi membantu dan memenuhi keperluan mereka yang merancang untuk mengerjakan ibadah haji.

Takaful IKHLAS telah melantik enam wakil pengendali badal haji daripada Harmony Excellence Travel & Tours, CS Holiday Sdn Bhd, Capaian Aspirasi Sdn Bhd, Utas Travel & Tours Sdn Bhd, Al-Quds Travel Sdn Bhd dan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. Keenam-enam pengendali ini telah dipilih berdasarkan reputasi dan rekod perkhidmatan cemerlang mereka. Secara tidak langsung, keenam-enam pengendali ini turut membantu melaksanakan tanggungjawab kepada agama dan waris peserta yang ingin melaksanakan badal haji

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful