Kualiti Perkhidmatan Kesihatan

Kerajaan dicadangkan supaya memberi penekanan terhadap aspek kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini termasuk kemampuan rakyat mendapatkan perkhidmatan itu memandangkan kos perubatan semakin meningkat setiap tahun.

Kos perubatan dan perkhidmatan kesihatan di rantau Asia meningkat antara enam hingga lapan peratus setiap tahun.

Sekiranya pesakit yang menghadapi komplikasi, perlu berjumpa dengan pakar sehingga perlu mengeluarkan kos yang lebih tinggi, tambahan pula kita kena tunggu giliran yang lama di hospital kerajaan.

Kerajaan perlu melihat semula perbelanjaan negara yang diperuntukkan untuk perkhidmatan kesihatan. Pada 2013 perbelanjaan kerajaan untuk penjagaan kesihatan hanya melibatkan 3.9 peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kerajaan juga perlu melihat semula dasar perkhidmatan kesihatan di negara ini agar memfokuskan penempatan doktor pakar yang lebih ramai di hospital kerajaan termasuk kelengkapan peralatan perubatan dan ubat-ubatan yang lebih berkualiti.

Kerajaan juga perlu menyemak semula sistem perolehan dari segi pembelian ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan bagi mengelakkan sebarang ketirisan.

Apakah ini mencukupi untuk sistem kesihatan awam di negara ini bertahan lama?

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful