Takaful IKHLAS Tawar Perlindungan Kewangan Sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2016

Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) yang juga anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) sekali lagi menjadi pempamer yang menyediakan perkhidmatan perlindungan takaful kepada semua pengunjung Minggu Saham Amanah Malaysia 2016 (MSAM 2016).

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad, Datuk Hj Ab Latiff Hj. Abu Bakar, Takaful IKHLAS telah menjadi pempamer bagi MSAM buat kali ke 13 bagi mempromosikan perkhidmatan perlindungan takaful yang berlandaskan Syariah.

"Matlamat utama penglibatan Takaful IKHLAS dalam MSAM 2016 ialah untuk memberi pendidikan mengenai kepentingan perancangan kewangan kepada pengunjung di samping memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali dan melihat lebih dekat produk perlindungan syarikat kami.


"Secara tidak langsung ia akan membuat mereka lebih berkeyakinan untuk menjadi peserta kami, jelas Ab Latiff.

Pelbagai aktiviti seperti Kuiz IKHLAS @ MSAM 2016 turut diadakan di ruang pameran Takaful IKHLAS yang menawarkan pelbagai hadiah seperti motorsikal Suzuki Smash 115, dua unit iPhone 6 dan tiga unit iPad Mini.

Selain itu, Takaful IKHLAS turut membawa khas bintang Oh! My English pada 22 dan 23 April serta mengadakan aktiviti seperti pengenalan takaful, pertandingan mengeja perkataan, sesi bergambar, lakonan dan sebagainya.

Takaful IKHLAS juga berperanan sebagai Rakan Program Keagamaan untuk tahun ini, turut terlibat dalam aktiviti keagamaan seperti Program Agama Ehwal Islam Edisi Khas MSAM 2016 serta Pertandingan Cendekiawan Muda dan melihat program ini berkesan untuk membina sahsiah mukmin.

MSAM 2016 anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini berlangsung di Padang Stadium Mini Tapah, Perak bermula 20 hingga 28 April.

--BERNAMA

Berikan Peluang yang terbaik untuk diri anda. Rancang Kewangan Anda melalui Pengendali Takaful Terbaik 2015 & 2016 dari Takaful IKHLAS Berhad.

Untuk mendapatkan Quotation Percuma
📡 www.ikhlas2u-takaful.blogspot.my

Untuk Update Terkini dan Promosi Produk;
❤️ "LIKE" www.fb.com/ikhlas2u
❤️ "LIKE" www.fb.com/IkhlasMediplan
📌 Instagram/YouTube/Twitter : ikhlas2u
☂ Google + Channel : Takaful Ikhlas
🚀 Telegram Channel : https://telegram.me/TakafulIKHLAS

Untuk sebarang Pertanyaan;
💻 PM www.fb.com/messages/ikhlas2u
📱 018 - 468 2030 (WhatsApp/Telegram/SMS sahaja)

#‎TakafulIkhlas
 #‎MedicalCard
 #‎MediPlan
 #‎Ikhlas2u

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful