Takaful Ikhlas Sasar Jual 2,000 Polisi Pada MSAM 2016

Takaful Ikhlas Bhd (Takaful Ikhlas) menyasarkan untuk menjual 2,000 polisi bernilai RM3 juta sepanjang Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) 2016 di sini.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Komersial, Keluarga, Wan Rosli Shaharuddin Wan Yaacob berkata, sasaran itu lebih 100 peratus berbanding yang dicapai pada MSAM tahun lalu di Sibu, Sarawak.

Katanya semasa MSAM 2015, Takaful Ikhlas menjual sebanyak 600 polisi bernilai RM1.2 juta

"Lokasi MSAM kali ini lebih strategik kerana Tapah terletak di tengah-tengah dan ini memudahkan orang ramai, terutama dari utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang selain Kuala Lumpur untuk datang," katanya.


Beliau bercakap kepada pemberita selepas mewakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Bhd, Datuk Ab Latiff Abu Bakar menyampaikan sumbangan kewangan kepada Madrasah Tahfiz Firdausi Al Warisi di Batu 6, di sini Khamis.

Pada majlis itu, Takaful Ikhlas turut bekerjasama dengan Pejabat Pergigian Daerah Batang Padang membuat pemeriksaan pergigian secara percuma kepada 48 pelajar madrasah berkenaan yang berumur lapan sehingga 12 tahun.

Wan Rosli Shaharuddin berkata, seramai 500 ejen takaful dari seluruh negara menyertai MSAM kali ini bagi membantu memberi pendidikan mengenai kepentingan perancangan kewangan kepada masyarakat.

Pihaknya juga akan membaiki surau madrasah berkenaan yang telah uzur untuk kemudahan pelajar memandangkan surau dan masjid di sekitar kawasan itu terletak agak jauh.

MSAM 2016 berlangsung mulai semalam sehingga 28 April ini di Stadium Mini Tapah dan dibuka kepada orang ramai mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam, kecuali Khamis depan yang akan tamat pada 3 petang.

-- BERNAMA

Berikan Peluang yang terbaik untuk diri anda. Rancang Kewangan Anda melalui Pengendali Takaful Terbaik 2015 & 2016 dari Takaful IKHLAS Berhad.

Untuk mendapatkan Quotation Percuma
📡 www.ikhlas2u-takaful.blogspot.my

Untuk Update Terkini dan Promosi Produk;
❤️ "LIKE" www.fb.com/ikhlas2u
❤️ "LIKE" www.fb.com/IkhlasMediplan
📌 Instagram/YouTube/Twitter : ikhlas2u
☂ Google + Channel : Takaful Ikhlas
🚀 Telegram Channel : https://telegram.me/TakafulIKHLAS

Untuk sebarang Pertanyaan;
💻 PM www.fb.com/messages/ikhlas2u
📱 018 - 468 2030 (WhatsApp/Telegram/SMS sahaja)

#‎TakafulIkhlas
 #‎MedicalCard
 #‎MediPlan
 #‎Ikhlas2u

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful