Kereta : 1 Daripada Setiap 4 Rakyat Malaysia Bankrap

Seperti mana yang semua tahu, rakyat Malaysia memang suka kereta. Walau pun harga kereta naik, tapi mesti ada juga yang membelinya. Tak kiralah ada yang merungut ekoran kos taraf hidup yang meningkat, nafsu untuk memiliki kenderaan baharu adakalanya sukar untuk ditolak. Tetapi tahukah anda, satu daripada empat kes bangkrap di Malaysia dilaporkan adalah berpunca daripada pembelian kenderaan.

Laporan The Sun menyebut antara 2011 dan 2015, sebanyak 27.94% atau 28,374 kes bangkrap dicatatkan di negara ini adalah berpunca daripada pembelian kenderaan. Sumber laporan ini adalah daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, yang mendedahkan antara punca utama kes bangkrap di negara ini.

Pinjaman perumahan pula menduduki carta kedua iaitu dengan 21,697 kes iaitu 21.36% daripada keseluruhan kes bangkrap, diikuti dengan pinjaman peribadi (20,727 kes atau 20.41%) dan pinjaman perniagaan (11,899 kes atau 11.71%). Jabatan tersebut memberitahu pihak mereka telah mengendalikan sejumlah 101,537 kes sepanjang 2011 hingga 2015.

Mengikut statistik, majoriti kes adalah dari Selangor (29,421 kes), diikuti dengan Kuala Lumpur (14,479) dan Johor Baharu (14,064). Manakala Perlis berada di senarai paling bawah kes bangkrap ini dalam tempoh lima tahun iaitu hanya 343 kes direkodkan.

Dari segi umur pula, individu berusia antara 35 dan 44 tahun menguasai 35.24% daripada keseluruhan kes sepanjang tempoh itu, sementara usia antara 25 dan 34 tahun pula sebanyak 22.52%. Laporan ini turut menyebut peningkatan kes dari tahun 2011 (19,167) hingga 2014 (22,351 kes), dan ia menurun pada tahun 2015 dengan 18,547 kes yang direkodkan.

Adakah anda merasakan sikap obsesi sesetengah individu untuk memiliki kenderaan baharu biar pun sebenarnya kurang berkemampuan mendorong mereka untuk ‘rela’ diisytihar bangkrap?

[ADMIN]

Berikan Peluang yang terbaik untuk diri anda. Rancang Kewangan Anda melalui Pengendali Takaful Terbaik 🏆 2015 & 2016 dari Takaful IKHLAS Berhad.

Pelan Perlindungan Pendapatan (Income Protection) - Dapatkan perlindungan Takaful RM310,000 dengan sumbangan yang mampu anda buat demi masa depan anda dan keluarga anda. KENAPA RM310,000? Baca disini

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang Cadangan Pelan Perlindungan Pendapatan, sila isi Borang Online berikut.

Untuk sebarang Pertanyaan;
💻 PM www.fb.com/messages/ikhlas2u
Untuk Update Terkini dan Promosi Produk;
❤️ "LIKE" www.fb.com/ikhlas2u
❤️ "LIKE" www.fb.com/IkhlasMediplan
📌 Instagram/YouTube/Twitter : ikhlas2u
☂ Google + Channel : Takaful Ikhlas

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful