Takaful Ikhlas Raih Anugerah Perbankan Dan Kewangan Global Eropah 2016

Takaful Ikhlas Bhd, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd (MNRB), memenangi Anugerah Perbankan dan Kewangan Global Eropah 2016 - Syarikat Takaful Terbaik (Malaysia) daripada The European Magazine.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata ia merupakan bukti daripada usaha berterusan syarikat dalam meningkatkan ekuiti jenamanya dalam kalangan pelanggan.

"Kami bekerja keras selama ini untuk meningkatkan pengalaman jenama kami melalui penglibatan pelanggan dalam semua saluran pemasaran.

"Kami ingin menyatakan penghargaan dan terima kasih kami untuk anugerah ini dan kepada pelanggan kami atas kepercayaan dan sokongan mereka.

"Anugerah ini akan terus mengukuhkan usaha kami untuk mewujudkan pengalaman pelanggan yang konsisten di semua saluran cawangan," kata Ab Latiff.

The European Magazine merupakan rakan kongsi berita Thomson Reuters dan mempunyai rangkaian pengedaran yang termasuk beberapa pembuat keputusan kanan di seluruh dunia.

-- BERNAMA

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful