Kejayaan Satu-satunya Syarikat Malaysia Dalam Kategori Takaful

Takaful Ikhlas Bhd (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd (MNRB) menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila merangkul Anugerah Perbankan & Kewangan Global Eropah 2016-Syarikat Takaful Pilihan Tahun ini (Malaysia) daripada The European Magazine baru-baru ini.

Kejayaan itu diraih oleh satu-satunya syarikat Malaysia Kategori Takaful.

The European Magazine mempunyai rangkaian pengedaran yang merangkumi sejumlah pihak pengurusan kanan, dengan perincian maklumat yang bersumberkan agensi data dan berita yang paling dipercayai di seluruh dunia.

Sebagai rakan kongsi bersindiket bagi Thomson Reuters, mereka komited dalam memberikan tahap kewartawanan yang tertinggi, serta menyatukan pemikiran kolektif beberapa personaliti perniagaan yang paling dihormati pada masa ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata, pihak syarikat gembira dengan anugerah tersebut yang juga bukti kepada usaha berterusan syarikat dalam meningkatkan ekuiti jenamanya di kalangan pelanggan.

Katanya, anugerah itu juga amat bermakna dan satu penghargaan terhadap usaha yang dilaksanakan dalam mencorakkan perjalanan perniagaan syarikat.

"Kami bekerja keras selama ini untuk meningkatkan pengalaman jenama kami melalui pembabitan bersama pelanggan di semua saluran pemasaran. 

"Anugerah ini didedikasi kepada semua lembaga pengarah, ejen dan pelanggan syarikat yang bersama-sama saya dalam mencorak perjalanan perniagaan Takaful IKHLAS," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Matlamat Program Anugerah Eropah ini adalah bagi memberikan wawasan kepada organisasi korporat selain menyediakan analisis mendalam tentang semua sektor utama yang terdapat dalam pasaran. 

Semua syarikat dicalonkan melalui sistem undian atas talian di mana tadbir urus yang baik, inovasi, kepakaran serta kualiti perkhidmatan menjadi aras timbang yang penting. 

Panel penghakiman memiliki pengalaman yang meluas dalam beberapa sektor, selain disokong oleh pasukan penyelidikan berdedikasi yang gigih bekerja keras bagi memastikan program ini berjaya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/134352

Rancang Kewangan Anda melalui Pengendali Takaful Terbaik 2015 & 2016 dari Takaful IKHLAS Berhad.

Untuk mendapatkan Quotation berkaitan dengan Medical Card;
❤️ www.mediplan-takaful.blogspot.my

Untuk mendapatkan Quotation berkaitan dengan Pelan Perlindungan Takaful yang lain;
❤️ www.ikhlas2u-takaful.blogspot.my

Untuk Update Terkini dan Promosi Produk;
❤️"LIKE" www.fb.com/ikhlas2u
❤️ Telegram Channel : https://telegram.me/TakafulIKHLAS

Untuk sebarang Pertanyaan;
💻 PM www.fb.com/messages/ikhlas2u
📱 018 - 468 2030 (WhatsApp/Telegram/SMS sahaja)

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful