Takaful IKHLAS Sasar Raih RM1B

Takaful Ikhlas Bhd (Takaful IKHLAS), anak syarikat MNRB Holding Bhd menyasar untuk meraih pendapatan sumbangan kasar takaful berjumlah RM1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifhya, Datuk Ab Latiff Abu Bakar, berkata sasaran itu adalah realistik dipacu oleh pengenalan produk lebih inovatif dan penambahan jumlah pemegang polisi.

Tambah Ejen
"Ketika ini, Takaful IKHLAS menawarkan kira­kira 90 produk takaful dengan sekitar dua juta pemegang polisi. "Bagi memastikan jumlah penyampaian produk dan penambahan pemegang polisi baharu, kita bercadang untuk menambah ejen takaful keluarga kepada 5,000 orang menjelang tahun depan daripada 3,000 ejen ketika ini," katanya kepada media di Kuala Lumpur, baru-­baru ini.



Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015, Takaful IKHLAS yang kini memiliki 13 cawangan di bandar utama di seluruh Malaysia, meraih pendapatan sumbangan kasar takaful berjumlah RM826 juta berbanding RM769.6 juta tahun sebelumnya. Bagi tahun kewangan 2015 yang berakhir 31 Mac 2015 syarikat mencatat pendapatan sumbangan takaful beijumlah RM826juta berbanding RM769.6 juta bagi tahun kewangan sebelumnya.

Untuk tahun kewangan semasa yang berakhir 31 Mac 2016, beliau yakin syarikat dapat melepasi sumbangan kasar kutipan tahun lalu. "Apa yang dapat saya perkatakan, takaful keluarga kekal menjadi penyumbang terbesar iaitu 65 peratus, manakala baki 35 peratus lagi takaful am," katanya.

Ketika ini, Takaful IKHLAS menguasai 12 peratus pasaran takaful di Malaysia dan berada pada kedudukan keempat dan segi sumbangan kasar selepas Etiqa Takaful, Takaful Malaysia dan PruBSN. Mengenai unjuran pasaran tahun mi, beliau berkata, Takaful IKHLAS kekal optimis dengan kedudukan perniagaan pada 2016 walaupun hakikatnya industri takaful berdepan cabaran ekoran keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan.

Produk untuk graduan

"Syarikat merancang untuk menjenamakan salah satu produk takaful yang sedia ada khusus untuk lepasan graduan dengan bayaran sumbangan serendah RM20 hingga RM30 sebulan bergantung kepada perlindungan," katanya.

Ab Latiff berkata, Takaful IKHLAS juga dalam proses mengasingkan lesen takaful am dan keluarga tahun depan sejajar dengan keperluan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). "Takaful IKHLAS turut memperuntukkan anggaran perbelanjaan modal RM10 juta untuk memperkasakan sistem teknologi maklumat syarikat termasuk saluran pengedaran atas talian," katanya

Sumber : Berita Harian

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful