Menyediakan Payung Bagi Perniagaan

Usahawan perlu membina simpanan mereka sendiri setiap kali keadaan baik dan perniagaan mereka membuat keuntungan. Ini membolehkan mereka untuk melabur wang kembali ke dalam perniagaan dan menghadapi waktu-waktu sukar, dan tidak perlu berhempas pulas mengumpul dana, kata pengarah urusan dan penasihat kewangan bebas Whitman Independent Advisors Sdn. Bhd., Yap Ming Hui.

Kebiasannya bagi perniagaan kecil dan sederhana (IKS), pengasas cenderung untuk menggunakan dana dari poket mereka sendiri untuk memulakan perniagaan, dan bagi menghadapi masa-masa yang sukar.

Menguruskan perniagaan adalah tugas yang sukar. Dan ia adalah amat sukar untuk beroperasi di dua medan - mengambil risiko dalam perniagaan dan pelaburan peribadi - pada masa yang sama, tetapi itulah yang banyak SME lakukan. Walau bagaimanapun, apa yang sering tidak mereka sedari ialah kekayaan peribadi yang kukuh boleh digunakan untuk menguatkan kedudukan perniagaan.
Jika perniagaan menghadapi kesempitan kerana persaingan sengit atau kemelesetan ekonomi, ia perlu menjalani transformasi. Seorang pengasas yang telah melabur dana peribadi beliau dengan dengan berhati-hati akan mudah untuk menggunakannya untuk membantu peralihan perniagaannya.

Sebilangan besar pemilik IKS bermula dengan bekerja untuk orang lain, kemudian membuat keputusan untuk mengambil risiko dengan memulakan perniagaan sendiri.

"Apabila mereka menjalankan perniagaan, mereka berhasrat untuk menjana wang, mempunyai modal dan aset yang mencukupi, dan akhirnya mencapai kebebasan kewangan kerana aktiviti perniagaan pada akhirnya mesti memanfaatkan taraf kewangan pemilik PKS. Tetapi apabila perhatian mereka ditarik terhadap bekerja sendiri dalam perniagaan dan bukannya terhadap perniagaan itu sendiri, mereka lupa matlamat awal mereka, untuk mencapai kebebasan kewangan," jelas Yap kepada FocusM.

Beliau bercerita tentang matlamat peribadi berkenaan dengan perkembangan perniagaan, dan menjelaskan bahawa usaha mencapai kejayaan kewangan bergantung kepada dua aspek, iaitu penjanaan wang dan pengoptimuman wang.

Usahawan IKS biasanya terlalu asyik membuat lebih banyak wang sehinggakan mereka cenderung untuk lupa melakukan sesuatu dengan keuntungan ini, dan mengabaikan pengoptimuman wang.

"Anda perlu ingat bahawa perniagaan hanyalah cara untuk mencapai matlamatnya. Caranya adalah membuat wang, sementara matlamatnya adalah untuk mencapai kebebasan kewangan atau menjadi kaya. Jika anda tidak meletakkan usaha yang lebih dalam melabur dan mengumpul kekayaan, maka anda tidak boleh membina aset di luar perniagaan. Ia mungkin semakin meningkat, sedangkan kekayaan peribadi anda tidak," ujarnya.

Ini berlaku apabila pemilik perniagaan tidak membezakan diri mereka dengan perniagaan mereka dan tidak menguruskan perniagaan itu sebagai entiti yang berasingan. Beliau memberi amaran bahawa jika ini terus berlaku, ia mungkin membawa kepada keadaan yang tidak diingini.

"Perniagaan adalah tertakluk kepada banyak faktor risiko, seperti liabiliti, undang-undang dan matawang. Jadi, jika anda berterusan menyuntik dana ke dalam entiti perniagaan anda, apa sahaja yang telah anda bina sepanjang 15 hingga 20 tahun boleh hangus dalam sekelip mata," jelasnya.

Selain dari itu, hakikat bahawa usahawan adalah pengambil risiko bermakna ada yang terbiasa mengambil risiko tinggi, kata Yap. Walaupun ini mungkin menjadi petanda baik bagi perniagaan mereka, mentaliti ini mungkin gagal apabila dilaksanakan bagi pelaburan peribadi.

"Kebanyakan perniagaan yang boleh membuat keuntungan, pulangan yang dijana boleh sehingga 50-100%, dan mungkin juga 200% dari modal awal yang dilaburkan. Maka apabila pemilik IKS ini melaksanakan pelaburan peribadi, mereka cenderung untuk mencari kadar pulangan yang sama," katanya.

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful