Kurang RM50,000 Simpanan KWSP Tidak Mencukupi?

Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata KWSP mempunyai 14 juta pencarum dan 69 peratus daripada anggota mereka yang berumur 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan setakat 31 Disember 2013.

"Ini akan membawa kepada isu kekurangan tabungan persaraan.

"Dengan mengandaikan bahawa setiap individu perlu berbelanja RM800 setiap bulan, bersamaan pendapatan garis kemiskinan semasa sebagai bayaran persaraan, simpanan RM50,000 itu hanya boleh bertahan selama lima tahun.
"Angka ini rendah kerana mereka perlu mengekalkan hidup persaraan mereka selama 15 tahun," katanya.

Samsu berkata pendidikan kewangan perlu dipupuk untuk membolehkan rakyat Malaysia membuat pelaburan yang betul dan bermaklumat seawal mungkin.

Dipetik menerusi BERNAMA - Hak KWSP untuk mengundi kritikal - CEO

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful