Aset Kewangan Islam Dijangka Cecah RM7.92 Trilion

Aset kewangan Islam dijangka berkembang sehingga RM7.92 trilion di peringkat global menjelang 2016 berbanding RM5.07 trilion yang dicapai sekarang.

Pengerusi Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF), Tun Musa Hitam berkata, ia adalah satu cabaran yang perlu ditempuhi bagi mencapai sasaran itu.
“Selain cabaran peningkatan jumlah aset, bagi menyebarkan mengenai kebaikan dalam perbankan Islam kepada komuniti bukan Islam juga adalah salah satu cabaran,” katanya pada sidang media Anugerah Diraja Kewangan Islam 2014, semalam.

Anugerah Diraja itu diterajui Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC).

Anugerah itu mengiktiraf wawasan kewangan Islam yang memberikan sumbangan penting kepada pertumbuhan ekonomi global dan perkembangan sosial masyarakat seluruh dunia.

Anugerah terbabit disampaikan kepada ahli Pengasas Bank Islam Pertama Malaysia, Datuk Abdul Halim Ismail oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ketika menerima Anugerah, beliau berkata, kewangan Islam amat berkaitan dengan ekonomi sebenar, menawarkan pelaburan beretika juga pilihan pembiayaan untuk perniagaan.

Pasaran Kewangan Islam Malaysia terbuka kepada penggiat industri global dan peserta pasaran untuk kerjasama dan mendapat manfaat bersama daripada persekitaran perniagaan yang sangat kondusif terhadap inovasi, kepakaran dan aliran perjanjian.

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful