Maut Akibat Denggi Meningkat, Epidemik Makin Teruk Di Malaysia

Walaupun epidemik pembawa maut Ebola mendapat tempat utama dalam tajuk utama di seluruh dunia, denggi kekal menjadi pembunuh utama di Malaysia dengan 200% kes dan kematian sepanjang tahun lalu meskipun semakin banyak kempen membendung denggi disebarkan.

Diisytiharkan sebagai epidemik oleh Kementerian Kesihatan pada Julai, jumlah kes dijangka semakin meningkat menjelang November berikutan perubahan cuaca, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam, baru-baru ini.

Sehingga 1 Oktober, jumlah kes dilaporkan di seluruh negara ialah 76,079 dengan Selangor mencatat kes tertinggi 37,077 diikuti Kelantan (12,965 cases), Kuala Lumpur (5,236), Johor (4,274) dan Perak (4,086).

Menurut bilik operasi denggi kebangsaan Kementerian Kesihatan, 72,603 kes direkodkan bagi tempoh 1 Januari hingga 13 September tahun ini.



Ini menandakan peningkatan 254% daripada jumlah kes tahun lalu yang direkodkan bagi tempoh sama, iaitu 52,096 kes.

Jumlah kematian juga meningkat 216% jika dua tempoh berkenaan dibandingkan, dengan 93 kematian tahun lalu dan 136 tahun ini.

Pada 1 Oktober, Subramanian mengemaskini jumlah kematian tahun ini sebanyak 146 pada 27 September, menurut laporan Bernama.

Jumlah kematian tahun lalu ialah 92, dengan 43,346 kes. Ini juga adalah peningkatan 98% berbanding 2012.

Kejadian semasa ini berikutan penemuan penyelidik terhadap jenis lebih memudaratkan yang dipanggil DEN-2. Ia adalah salah satu daripada 4 variasi virus dan dikatakan lebih merbahaya berbanding 3 yang lain.

Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor Dr Rose Nani Mudin, dipetik berkata di satu artikel Wall Street Journal pada September, DEN-2 adalah evolusi daripada jenis yang terdahulu.

Perkembangan seumpama itu biasanya datang bersama peningkatan kes denggi dan kematian berikutan kekurangan imuniti kepada jenis yang baharu, kata artikel itu.

Bilik operasi denggi kebangsaan merekodkan 184 kawasan titik panas di seluruh negara, dengan Kelantan mempunyai jumlah tertinggi 124, diikuti Selangor (58) dan Pulau Pinang (2).

Bagaimanapun, kes direkodkan di setiap negeri. Selangor mempunyai jumlah tertinggi iaitu 35,928 kes diikuti Kelantan (12,035).

Lima negeri tertinggi dengan kes denggi ialah Selangor, Kelantan, Kuala Lumpur/Putrajaya, Johor dan Perak – semua merekodkan peningkatan besar jika dibandingkan dengan tempoh Januari hingga 13 September tahun ini dengan tempoh sama tahun lalu.

Subramanian menggelar kejadian terbaru ini sebagai “paling teruk dalam sejarah negara” dan memberi amaran satu lagi peningkatan akan berlaku menjelang November, pada satu sidang media Rabu lalu.

Namun, ada harapan untuk imunisasi, susulan ujian terhadap vaksin yang dibangunkan Sanofi, syarikat farmaseutikal Perancis.

Ujian percubaan klinikal dijalankan di seluruh Amerika Latin mendapati jumlah kes dikurangkan 60% di kalangan kanak-kanak dan risiko dimasukkan di hospital menurut hingga 80%, lapor Sanofi pada awal September.

Denggi tersebar oleh nyamuk Aedes yang membiak di air bertakung.

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful