Takaful Ikhlas Permudah Proses Tuntutan Mangsa Banjir

Takaful Ikhlas Bhd melancarkan perkhidmatan tuntutan Takaful, kaedah yang dipermudah untuk mangsa banjir memfailkan tuntutan kerosakan harta benda akibat bencana.

Perkhidmatan itu dibuka untuk pemegang pelan rumah/pemilik takaful kediaman dan api, memerlukan mereka menghubungi pejabat wilayah terdekat bagi membolehkan penilai dilantik, kata Takaful Ikhlas dalam satu kenyataan.

Penilai itu akan menilai kerosakan, dan tuntutan diproses berdasarkan cadangannya, katanya dan menambah, pemegang polisi akan dimaklumkan mengenai kelulusan itu menerusi mesej teks.

"Borang tuntutan akan diberikan oleh penilai yang dilantik kepada mangsa banjir semasa pemeriksaan premis dilakukan," katanya.

Takaful Ikhlas berkata pemegang polisi di Pantai Timur boleh menghubungi pejabat wilayah di Kelantan di 09-746100, Terengganu (09-6318170) dan Pahang (09-5670700).

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi www.takaful-ikhlas.com.my, atau dengan menghantar e-mel kepada ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my atau menghubungi 03-27239696.

-- BERNAMA

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful