Qard Hasan Diguna Jika Dana Tak Cukup

Takaful adalah suatu perlindungan berasaskan sumbangan peserta dalam dana risiko peserta. Apakah akan teqadi jika dana takaful itu tidak mencukupi untuk menanggung keperluan peserta?

Di sinilah penting bagi pe­ngendali takaful memainkan peranan. Melalui kontrak wakalah, peserta takaful melantik syarikat takaful sebagai wakil untuk mengendalikan dana takaful merangkumi pengurusan pelaburan, pembayaran tuntutan, takaful semula, rizab teknikal dan kos pengurusan. Wakalah adalah kontrak membabitkan satu pihak (prinsipal) mewakilkan satu pihak lain untuk melaksanakan tanggungjawab dalam hal yang boleh diwakilkan daripada perspektif syariah. 


Maka menjadi tanggungjawab pengendali takaful memastikan dana risiko peserta sentiasa cukup untuk menanggung keperluan peserta. Jika berlaku situasi dana risiko tidak mencukupi untuk menanggung keperluan peserta, maka pengendali takaful akan memberikan 'qard hasan' iaitu sejumlah dana pinjaman tanpa faedah kepada dana risiko peserta. Qard bermaksud memberikan harta kepada pihak yang memanfaatkan harta itu dan dikembalikan gantian yang sama jenis dengannya. 

Penggimaan konsep qard hasan pada landasan yang betul dan menepati kehendak syarak tentunya akan memberikan manfaat kepada pihak berkontrak. Ulama mentakrifkan qard sebagai pemberian sesuatu harta kepada pihak yang memanfaatkannya demi berkasih sayang dan dikembalikan gantinya. 

Di situlah wujudnya hubungan baik antara pengendali takaful dan peserta. Ulama sependapat hukum qard adalah harus berdasarkan dalil al­Quran, sunah dan ijmak. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah SWT sebagai pinjaman yang baik supaya Allah SWT melipat gandakan balasannya dengan berganda­ganda banyaknya? Dan Allah SWT menyempitkan dan meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada­Nyalah kamu semua dikembalikan." (Surah al­Baqarah, ayat 245) Justeru, peserta tidak perlulah risau kerana pengendali takaful sentiasa menjaga kebajikan peserta sebagai keutamaan kerana ia satu amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Jabatan Pematuhan Syariah
Takaful Ikhlas Berhad

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful