Sah Kenaikan Caj Hospital Kerajaan

Kementerian Kesihatan mengesahkan caj rawatan perubatan bagi kelas satu dan dua di semua hospital kerajaan akan dinaikkan sebanyak 50 peratus berkuat kuasa 1 Januari tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, keputusan itu dibuat memandangkan tiada semakan dilakukan sejak tahun 1982 selain ke­perluan menilai semula elemen subsidi bagi kedua-dua kelas berkenaan.

Menurutnya, kenaikan itu tidak memberi kesan kerana hanya­ 1.5 peratus atau 32,000 pesakit yang mendapatkan rawatan kelas satu dan dua daripada keseluruhan dua juta pesakit di hospital kerajaan.

“Pesakit kelas satu dan dua sebelum ini sudah pun membayar caj rawatan. Walaupun berlaku sedikit kenaikan, pesakit ini masih lagi menerima subsidi dalam jumlah yang agak besar.



“Kenaikan ini tidak akan membebankan golongan sasar iaitu kelompok mewakili 98.5 peratus yang mendapatkan rawatan kelas ketiga. Jadi, kita masih tidak lari daripada prinsip membantu rakyat mendapatkan rawatan hospital terbaik,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

RM5 sehari untuk pelan perlindungan sebanyak RM850,000. Nak dapatkan Cadangan Pelan Medical Card? Anda akan diberikan beberapa cadangan pilihan 💻 Isi Borang Online di http://tinyurl.com/j9jbp2w

Untuk sebarang Pertanyaan;
🏁PM :  www.fb.com/messages/ikhlas2u
📱WhatsApp/Telegram : 018 - 468 2030

Untuk Update Terkini dan Promosi Produk;
💻 Blog : www.ikhlas2u-takaful.blogspot.my
❤️ LIKE www.fb.com/ikhlas2u
💻 Medical Card : www.mediplan-takaful.blogspot.my
❤️ LIKE www.fb.com/IkhlasMediplan
🏁 Instagram/YouTube/Twitter : ikhlas2u
☂ Google + Channel : Takaful Ikhlas

 #‎TakafulIkhlas
 #‎MedicalCard
 #‎MediPlan
 #‎Ikhlas2u

Sumber : Kosmo Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful