Industri Takaful Mampu Jana Jualan RM60B

Industri takaful Asia dijangka terus berkembang pantas berbanding rantau lain di dunia dengan perbezaan pertumbuhan itu akan menyumbang lebih satu pertiga daripada insurans premium global menjelang 2020.

Peneraju Insurans, Jaminan dan Rakan Kongsi Ernst & Young Malaysia, Brandon Bruce Sta Maria berkata, industri itu juga dijangka meningkat kepada 15 hingga 20 peratus secara tahunan dengan takaful mampu menjana jualan sebanyak AS$20 bilion (RM60 bilion) menjelang 2017. Menurutnya, industri takaful kini tertumpu kepada barisan perniagaan, segmen dan pasaran terhad namun masih terdapat potensi yang tidak direalisasikan boleh dicapai oleh pemain industri. “Segmen takaful memiliki kira-kira 10 peratus potensi pasaran yang belum diterokai dengan negara sedang membangun dan membangun Asia menawarkan peluang pertumbuhan ketara melalui kadar penembusan takaful dan insurans antara 0.60 hingga 3.40 peratus,” katanya pada Persidangan Takaful Dunia Kedua: Sidang Kemuncak Pemimpin Asia 2013 (WTC: ALS 2013) di sini, baru-baru ini.

Persidangan itu menyaksikan 150 pemimpin kanan dalam industri takaful di rantau Asia membabitkan diri dalam perbincangan kritikal mengenai strategi untuk bersaing bagi pertumbuhan dan keuntungan di pasaran takaful yang semakin kompetitif.

Ia turut menampilkan pelancaran edisi pertama Laporan Takaful Pencen oleh Miliman yang menganalisis isu utama berkaitan risiko jangka hayat dan konsep kewangan khusus serta menerokai peranan industri dalam memperkenalkan produk pencen berasaskan syariah. Beliau berkata, industri takaful adalah segmen perniagaan yang sedang berkembang pesat dan berjaya menarik penyertaan golongan masyarakat Islam dan bukan Islam sekali gus memasuki pasaran lebih khusus.

Pada masa sama, insurans hayat premium di rantau Asia Pasifik juga dijangka meningkat 23 peratus kepada AS$1.09 trilion (RM3.09 trilion) menjelang 2017 berbanding AS$843 bilion (RM2.52 trilion) pada 2010. #Takaful #TakafulIkhlas #Ikhlas2u

24 Jun 2013 - myMetro

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful