Pelancaran Logo Ulangtahun ke 10 Takaful Ikhlas

Takaful Ikhlas Sdn Bhd, satu unit MNRB Holdings Bhd, melancarkan logo ulang tahun ke-10 hari ini selepas menjalankan solat syukur di masjid Ar-Rahah di Kampung Kerinchi, Bangsar.

Logo itu, menampilkan tulisan khat kufi, menggambarkan aspirasi syarikat dan wawasannya untuk menjadi jenama terpilih berasaskan syarikat, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat itu berkata, penggunaan warna hijau pekat dan cerah menggambarkan konsistensi, memandangkan ia juga warna korporat, sementara nombor hitam 10 itu menonjolkan integriti dan kestabilan jenama Takaful Ikhlas, yang berusia 10 tahun.

Logo itu dilancarkan oleh pengerusi kumpulan MNRB Sharkawi Alis pada satu majlis yang dihadiri oleh Presiden dan CEO Takaful Ikhlas Ab Latiff Abu Bakar serta presiden kumpulan dan CEO MNRB Din Merican.

Pada majlis itu, Takaful Ikhlas menyumbang sejumlah RM100,000 kepada pengetua 10 Maahad Tahfiz di Selangor dan Kuala Lumpur untuk membantu pelajar mendapatkan pendidikan."Sumbangan itu adalah satu langkah berterusan oleh Takaful Ikhlas untuk menyumbang aktif dalam pembangunan masyarakat penyayang," kata Ab Latiff.

26 Jun 2013 --BERNAMA
#Takaful #TakafulIkhlas #Ikhlas2u

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful