IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful Plus


IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful Plus adalah pelan berkaitan pelaburan di mana caruman adalah berkala yang menawarkan dua dalam satu manfaat; iaitu perlindungan takaful komprehensif terhadap kejadian tidak dijangka dan potensi pertumbuhan pelaburan jangka panjang pada masa yang sama. Ianya adalah pelan ideal yang memberi perlindungan kekayaan dan memenuhi keperluan mengumpul kekayaan pada masa yang sama.

Pengeluaran Tunai
Peserta boleh memohon pengeluaran sebahagian tunai pada bila-bila masa sebelum Sijil matang. Bagi setiap pengeluaran sebahagian tunai, jumlah perlindungan akan dikurangkan mengikut kadar tersebut. Pengeluaran tunai tertakluk kepada jumlah pengeluaran minimum sebanyak RM 500 dan baki minimum di dalam Dana Unit sebanyak RM 3,000.

Ganjaran Pembayaran Segera
Anda akan menerima Jumlah Perlindungan tambahan sebanyak 10% daripada Jumlah Perlindungan Asal anda, tanpa perlu membayar Caruman tambahan, pada akhir tahun Sijil ke tiga (3) dan setiap tiga (3) tahun selepas itu, sehingga lima belas (15) tahun.


Manfaat Loyalti
Anda layak untuk Manfaat Loyalti pada akhir tahun Sijil ke sepuluh (10) dan setiap tiga (3) tahun selepas itu. Manfaat Loyalti akan digunakan untuk membeli unit-unit dalam setiap Dana Berkaitan Pelaburan dan pengagihan adalah berdasarkan peruntukan unit-unit semasa.

#‎Ikhlas2u‬ ‪#‎TakafulIkhlas‬ ‪#‎ChoicePlus‬

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Dia

Pelan IkhlasLink Secure Takaful